Terletak berdekatan Chowrasta Bazaar dan Penang Road Famous Teochew Chendul. Pengunjung digalakkan menggunakan waze dan peta untuk memudahkan pencarian.
Tiba saja di sini,saya begitu teruja melihat kaunter tiket yang direka secara terbalik. Juga basikal yang tergantung di siling. Bersesuaian dengan namanya, segala dekorasi di sini direka terbalik.
Selepas membeli tiket, saya masuk ke dalam muzium yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Pastikan membuka kasut dan menyimpan kasut di dalam locker yang disediakan di sebelah kaunter tiket.
Terletak di dalam bangunan 2 tingkat. Di bahagian bawah, adalah setting seperti rumah yang lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Di bahagian belakang terdapat setting kedai kopi lama.
Jika berasa keliru untuk mendapatkan angle yang terbaik, pekerja di sini berbesar hati untuk membantu mengambil gambar. Nah lihat saja gambar yang sempat diambil. Biar gambar berbicara.
Naik ke tingkat atas, kami disajikan dengan setting kedai lama yang banyak terdapat di Penang.
Menampilkan keunikan pada set yang direka menarik daripada setting kedai lama sehinggalah meja snooker anti graviti, lukisan 3D dan bergambar seperti lagenda Michael Jackson menari Moonwalk.
Pekerja di sini akan menawarkan diri untuk membuat video bagi aksi bermain snooker dan berjalan secara terbalik menyusuri bumbung bangunan kedai. Menarik ...
Tidak puas sekadar melihat gambar ? Ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman berharga ini ?
Apa tunggu lagi, rancanglah kunjungan ke Penang Upside Down Museum.
Alamat :
45 Kimberley Street
10100 George Town, Penang
(GPS: 5.41578, 100.33348)
No Tel : 04 264 2660
Facebook :
https://www.facebook.com/upsidedownmuseum
45 Kimberley Street
10100 George Town, Penang
(GPS: 5.41578, 100.33348)
No Tel : 04 264 2660
Facebook :
https://www.facebook.com/upsidedownmuseum
Harga Tiket :
Pelancong Asing
Dewasa : RM27.00
Kanak-kanak : RM16.00
Pelajar (dengan ID Pelajar) : RM16.00
Warganegara
Dewasa : RM16.00
Kanak-kanak : RM 8.00
Pelajar (dengan ID Pelajar) : RM11.00
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
8:45am - 6:30pm (Kemasukan Terakhir : 5:30pm)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am
8:45am - 7:30pm (Kemasukan Terakhir : 6:30pm)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am
8:45am - 7:30pm (Kemasukan Terakhir : 6:30pm)
No comments:
Post a Comment