Wednesday, 5 April 2017

MATTA Fair, 17-19 March 2017 ( Part 1)

MATTA Fair adalah acara wajib untuk kaki jalan budget rendah seperti saya. MATTA Fair di PWTC diadakan 2 kali setahun iaitu pada bulan March dan September. Turut diadakan di negeri lain.

Pameran ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA). Disertai oleh pengusaha pelancongan, hotel, ejen pelancongan, badan pelancongan negeri dari dalam dan luar negeri. Menawarkan produk pelancongan dengan nilai yang hebat. Merupakan medan untuk promosi produk pelancongan baru dan lama.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuklah:
- persembahan kebudayaan asli dari pelbagai negara
- bergambar bersama maskot,
- peraduan pembeli,
- cabutan bertuah,
- pemberian saguhati,
- penebusan pembelian.

Awal-awal lagi saya dah mohon cuti untuk pergi ke pameran ni. Hajat nak pergi dengan my BFF terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi terpaksa pergi seorang.

Saya memilih untuk pergi pada hari Jumaat untuk mengelakkan keadaan sibuk. Memang ramai betul pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad. My BFF dah pesan tolong belikan voucher hotel dan tiket zoo atau theme park di sekitar KL. Ni untuk membawa keluarga beriadah pada hujung minggu.

Seawal pukul 10:00 pagi, saya dah sampai di Sunway Putra Mall. Bersarapan di Sushi King sebelum melangkah lebih jauh. Ini kali pertama saya menikmati hidangan sarapan pagi di Sushi King. Saya memesan set sushi dan teh hijau. Pelayan menghantar uncang teh dan gelas. Mana pulak air panas? Rupa-rupanya paip air panas disediakan di setiap meja untuk kemudahan pelanggan.












Selepas makan, saya berjalan ke PWTC. Di sepanjang jalan, ramai Sales Executive yang menawarkan kad kredit dan hadiah untuk pelanggan baru kad kredit. Saya terus berjalan tanpa perasaan sehingga sampai ke tempat membeli tiket. Harga tiket RM4 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Pengunjung akan diberi tiket dan beg untuk mengisi brochure.

Pintu masuk pameran terletak di tingkat 4. Masuk sahaja, saya disajikan dengan pameran domestik.
Fokus saya untuk kali ini adalah pelancongan domestik memandangkan budget kecil untuk percutian keluarga.

Antara produk terbaru termasuklah Taman Tema MAPS yang akan  dibuka di Ipoh, Perak. Saya sempat mengumpul brochure untuk mengetahui info tentang hotel dan taman tema.

Selepas puas tawaf dan mengumpul brochure, kini tiba masa untuk membuat keputusan untuk membeli berdasarkan budget yang ada. Ruang untuk pengunjung berehat disediakan tetapi terpaksa duduk di atas carpet. Saya OK saja. Semasa berkira-kira untuk membeli, saya terpandang iklan Go Asia. Murahnya pakej yang ditawarkan. Pakej 3 hari 2 malam termasuk tiket penerbangan pergi dan balik ke destinasi domestik serendah RM159. Susahnya untuk saya membuat pilihan, lalu mengambil keputusan untuk pulang berbincang dengan keluarga.

Saya belanja gambar tawaran menarik sempena MATTA Fair. Boleh buat rujukan dan budget untuk bercuti ..





















Nak tahu apa destinasi pilihan saya, tunggu ....






No comments:

Post a Comment