Seawal 10:00 pagi, saya dan Farhana telah bersiap untuk ke PWTC. Menaiki LRT untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Booth decoration pada kali ini agak menarik dengan penyertaan dari pelbagai badan pelancongan negeri. Saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar pemandangan 3D dan maskot. Farhana seronok sangat dapat jadi model.
Akhirnya, inilah yang dibeli dengan budget yang terhad;
- Kuching - tempah tiket penerbangan & hotel
- Penang - tempah hotel
- Putrajaya Tour
- Tiket ke Jump Street. Nak tahu apa itu Jump Street, kena tunggu post seterusnya ...
- Tiket KL Bird Park
Booth Sarawak




My BFF kirim voucher Lexis PD Water Chalet dan KL Bird Park.
1 night stay @ Lexis PD Water Chalet, RM330 .
Entitled for lucky draw. Breakfast from 1 to 4 persons.
Yes !!! Dapat breakfast for 3 persons. reusable bag & mineral water.
Beli lagi 1 breakfast untuk cukupkan 4.
KL Bird Park priced at RM15 (Adult), RM6 (Child) . Free reusable bag & pen. Cantik pen.
Budgetnya cuma RM400 untuk penginapan hotel lima bntang di atas air dan tiket Taman Burung untuk sekeluarga.
![]() |
Angry Bird |
![]() |
Legoland Booth Terengganu |
Tempat menarik lain
Farhana makan di Chicken Rice Shop di Sunway Putra Mall sebelum bersambung untuk membeli pakej
Lepas makan, Farhana sambung bergambar
Tips semasa berkunjung ke MATTA Fair:
1. Pilih destinasi
Jika ingin bercuti bersama keluarga atau kawan, pilih dulu destinasi perlancongan.
Dengan cara ini, kita lebih fokus kepada destinasi dan menjimatkan masa.
Jika belum menetapkan destinasi, anda boleh meneruskan pencarian sehingga malam.
2. Pilih tarikh percutian
Jika ingin menempah tiket penerbangan,pastikan anda telah memilih tarikh untuk bercuti.
Semak expiry date untuk voucher hotel,pakej dan taman tema.
3. Tetapkan budget
Untuk mereka yang mempunyai budget yang kecil dan terhad seperti saya,pastikan anda telah menetapkan budget sebelum membeli pakej.
4. Buat perbandingan harga
Kumpulkan maklumat harga dan buat perbandingan harga sebelum membeli pakej.
Voucher hotel - semak sama ada room only atau room+breakfast.
Kadang-kadang harga murah tidak termasuk breakfast dan setelah dicampur breakfast harga lebih mahal.
Semak surcharge (jika ada) - biasanya untuk Public Holiday, cuti sekolah & weekend.
Pakej - pastikan apa yang ditawarkan dalam pakej dan tidak termasuk dalam pakej dan perlu bayaran tambahan seperti cukai, makanan, tips pemandu pelancong dan lain-lain.
5. Kongsi dengan kawan / Beli dalam jumlah besar
Ada sesetengah hotel menawarkan pakej 2+1 yang bermaksud beli 2 bilik dan percuma 1 bilik.
Anda boleh berkongsi dengan kawan dan menjimatkan kos.
Kadang-kadang,harga istimewa ditawarkan untuk pembelian dalam jumlah besar dan ditawarkan cabutan bertuah dan hadiah saguhati.
Saya selaku pelanggan setia sesuatu produk, sering membawa kawan-kawan untuk membeli pakej. Secara tak langsung saya turut menjalinkan hubungan yang baik dengan Sales Person, Saya turut mendapat cenderahati dan diskaun tambahan.
6. Survey & dapatkan info
Sebelum mengunjungi pameran, anda boleh cari maklumat destinasi melalui internet.
Catatkan perkara yang memerlukan penjelasan seperti maklumat logistik atau keadaan cuaca semasa berkunjung ke pameran.
Contohnya jika ingin bercuti ke luar negara, banyak perkara yang perlu diambil kira seperti passport, visa, keadaan cuaca, tempat makan halal dan lain-lain.
Bagi yang minat bercuti ke pulau, pastikan anda tahu waktu terbaik dan musim tengkujuh. Ada sesetengan resort ditutup pada musim tengkujuh dan ada juga pulau yang tidak dipengaruhi oleh musim tengkujuh dibuka sepanjang tahun.
7. Uruskan pengangkutan
Pastikan tiket penerbangan telah ditempah.
Bagi yang ingin menyewa kereta semasa bercuti, pastikan mendapat maklumat harga dan jenis kenderaan.
Jika mengambil pakej Free & Easy untuk keluarga, anda boleh mencari day trip atau menyewa kenderaan dengan pemandu.
Bagi yang memilih khidmat kereta @ van dengan pemandu, tanyakan tentang tol, minyak, penginapan dan tips untuk pemandu.
8. Kumpul maklumat secukupnya.
Simpan brochure untuk membuat rujukan.
Anda juga boleh menyimpan name card Sales Person untuk mudah dihubungi.
6. Bawa kamera
Booth dihias menarik. Ada juga maskot dan gambar pemandangan 3D. Jangan lepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenangan.
7. Semak jadual aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang 3 hari MATTA Fair seperti persembahan kebudayaan, cabutan bertuah, happy hour, peraduan dan kemunculan maskot. Pastikan anda turut serta dalam aktiviti yang disertai. Jika bernasib baik, boleh membawa balik voucher penginapan, tiket penerbangan, vouher makanan dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan penaja.
8. Elakkan membawa bayi
Jika ada pilihan,elakkan daripada membawa bayi semasa berkunjung ke pameran. Ini adalah kerana pengunjung terlalu ramai dan tidak digalakkan membawa stroller kerana ruang sempit. bayi juga mungkin tidak selesa. Risiko bayi dijangkiti penyakit tinggi kerana terdedah dengan orang ramai. Bayi juga tidak selesa dalam keadaan orang ramai, sempit dan panas. Jika tiada pilihan, saya mengesyokan ibu bapa membawa bayi dalam baby carrier supaya keselamatan bayi lebih terjamin dan terkawal,
9. Bawa makanan ringan dan minuman
Makanan turut dijual di dalam PWTC tetapi harga agak mahal. Untuk menjimatkan kos, anda boleh membawa makanan seperti roti dan sandwic serta air mineral. Saya lebih selesa makan di Sunway Putra Mall.
Saya berharap anda semua mendapat serba sedikit maklumat untuk menjimatkan kos dan boleh mula merancang percutian budget untuk seisi keluarga.. Kini melancong bukan lagi hobi mewah yang hanya mampu dipelopori golongan kaya. Kita juga mampu melancong dengan budget yang kecil asalkan membuat perancangan yang teliti. Kata orang ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membawa keluarga ke luar negara, kita melancong saja di dalam negara. Tempat-tempat pelancongan di dalam negara pun ada yang setanding dengan produk luar negara.
InsyaAllah, jika ada rezeki lebih, boleh mengembara ke negara orang sambil mengagumi keindahan alam ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment