Saturday, 8 April 2017

Day 1 : Penang , 26/02/16 - 28/02/16


Saya memilih Penang sebagai destinasi pilihan sempena menyambut ulang tahun kelahiran
yang ke 38. Destinasi ini tidak asing lagi bagi saya kerana ibu bapa saya berasal dari sini 
dan merupakan destinasi wajib  sama ada untuk bercuti mahu pun mengunjungi 
saudara mara.

Bermulalah percutian 3 hari 2 malam  ke Penang.

Selepas solat subuh, kami telah bersiap untuk bertolak ke KLIA2. Saya memilih untuk
keluar awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tambahan pula dengan membawa
anak-anak kecil. Kami menaiki teksi ke sana.

KLIA2 agak asing bagi saya walaupun sudah beberapa kali menggunakan lapangan terbang
ini.KLIA2 lebih besar daripada LCCT dan jarak perjalanan ke balai pelepasan yang lebih
jauh daripada LCCT. Jika ke tempat baru, pastikan kita sampai awal untuk mengelakkan
perkara yang tak diingini seperti kekalutan untuk mendaftar masuk dan mencari balai pelepasan.

Untuk penerbangan domestik, saya memilih untuk sampai di lapangan terbang 2 jam lebih
awal daripada waktu pelepasan dan 3-4 jam lebih awal untuk penerbangan antarabangsa
agar pendaftaran masuk dan pengesahan passport berjalan dengan lancar.
Jika tidak ada daftar bagasi, bolehlah skip masa kerana pendaftaran masuk boleh dibuat
melalui online dan kios yang disediakan.
Pastikan self check in untuk mengelakkan check in fee yang dikenakan oleh Air Asia.

Setelah selesai check in, kami bersarapan di Marry Brown. Saya suka makan di sini kerana
pilihan menu yang menepati citarasa Mama dan anak-anak. Harga juga berpatutan
dibandingkan dengan restoran lain. Lokasi berdekatan dengan check in kaunter dan
departure hall. Saya memilih nasi lemak, bubur dan ayam goreng. Recommended untuk
yang membawa keluarga kerana pilihan menu yang pelbagai yang terdiri daripada menu
western  dan tradisional. Untuk melihat menu, boleh rujuk di sini
http://marrybrown.com.my/menu/
Harga lebih mahal di lapangan terbang dan sesetengah outlet.


Ini jadual penerbangan kami.

DepartKUL - PEN
AK 6122
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) (KUL)
26 Feb 2016, 1100 AM (11:00 AM)
Penang (PEN)
Penang International Airport (PEN)
26 Feb 2016, 1155 AM (11:55 AM)



ReturnPEN - KUL
AK 6117
Penang (PEN)
Penang International Airport (PEN)
28 Feb 2016, 1355 PM (1:55 PM)
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) (KUL)
28 Feb 2016, 1455 PM (2:55 PM)







Baru sampai di KLIA2

'Tarikan terbaru' untuk anak-anak. Suka benar naik buggy ...



Belum berlepas tapi baju dah macam belacan. 



Terpancar kegembiraan di wajah mereka 

Pre-order food : Bukhara Chicken Biryani, Uncle Chin's Chicken Rice dan Red Velvet Cake
Menu berbeza mengikut penerbangan. Untuk pilihan menu, boleh rujuk sini 
http://www.airasia.com/my/en/inflight-comforts/ak-in-flight-menu.page
Maaf, tak sempat snap gambar.

Alhamdullillah cuaca cerah hari ini .Perjalanan dari KLIA ke Penang mengambil masa 
kira-kira 45 minit. 

Dah sampai Penang International Airport

Lepas ambil bagasi, saya terus ke kaunter untuk membeli kupon teksi. 
Kaunter terletak di pintu keluar lapangan terbang. Harga tambang berdasarkan zon.
Untuk maklumat teksi , boleh rujuk http://www.penang-traveltips.com/taking-the-taxi.htm
Tambang dari Penang International Airport ke Hotel Sentral Seaview , RM54.70

Bagi yang ingin berjimat, boleh menaiki bas Rapid Penang.


Kami stay di Hotel Sentral Seaview Penang. Voucher dibeli semasa MATTA Fair.
Sampai saja, terus check in. Ada welcome drink kat swimming pool. 2 gelas mocktail. 
Anak-anak suka sangat. Masuk bilik, mandi, tukar baju, makan dan berehat sekejap.






Kini bermulalah pengembaraan kami ke Made In Penang Interactive Museum. Menaiki bas
Rapid Penang dari stesen bas yang terletak di hadapan Four Point Hotel Penang ke Weld
Quay. 

Kami berjalan kaki ke Made In Penang Interactive Museum yang terletak berhadapan Marina.
Lokasi tidak jauh dari Weld Quay.
Untuk maklumat Made In Penang Interactive Museum, sila rujuk sini :
http://www.madeinpenang.my/v1/

Terlalu banyak gambar menarik diambil semasa mengunjungi muzium ini. 
So, saya akan tulis di dalam post berlainan. 

Made In Museum terletak berhadapan bangunan ni 

Kemudian, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke Padang Kota Lama untuk menjamu selera.
Kami menaiki bas percuma Rapid Penang. Sebenarnya, sebelum GoKL diperkenalkan,
Penang lebih awal menyediakan perkhidmatan bas CAT (Central Are Transit) Hop On Free.
Malah perkhidmatan bas Rapid Penang lebih advance dan baik daripada bas RapidKL.
Cuma di Penang belum ada perkhidmatan LRT dan tren. 

Kami makan sotong kangkung, ais kacang, laksa dan len chee kang. Untuk makan malam, 
kami bungkus pasembur. Sedap ....


Lambatnya makanan sampai. Kami dah lapar ni 


Yummy 


Lepas makan,saya mengambil GrabTaxi untuk balik ke hotel. Di Penang, sudah ada 
perkhidmatan GrabCar. Saya lebih suka menggunakan aplikasi ini kerana tambang
yang telah ditetapkan kepada penumpang.. 
Di Penang dan sesetengah bandar di Malaysia, teksi tidak menggunakan meter.
Caj berdasarkan tawar menawar harga sebelum menaiki teksi. Ada pelancong yang
dikenakan tambang yang tinggi dan tidak munasabah.  Berhati-hati dan sentiasa
menggunakan kebijaksanaan semasa bercuti. Rajin-rajin mencari info sebelum bercuti.

Malam itu, kami tidur nyenyak. Esok, ada banyak lagi aktiviti ...

No comments:

Post a Comment