Saturday, 15 April 2017

Day 3 : Penang , 26/02/16 - 28/02/16

Hari ni kami dah nak balik KL. Bangun awal pagi, solat Subuh dan bersiap untuk check out.
Selepas check out, call GrabTaxi untuk ke rumah mak sedara saya di Teluk Kumbar.

Teluk Kumbar adalah sebuah pekan selepas melalui Bayan Lepas. Aktiviti perikanan masih dijalankan di sini. Kadang-kadang saya singgah makan di deretan kedai yang terdapat di tepi pantai. Menikmati makanan yang murah sambil menikmati pemandangan yang mahal. anda patut cuba pengalaman ni. Kalau makan seafood, memang dapat yang segar.. Fresh and cheap.

Selepas puas bercuti, saya tidak akan melupakan saudara-mara. Singgah sebentar untuk bertanya khabar. Itulah yang saya lakukan untuk mengeratkan silaturahim.

Antara yang menarik di sini ialah seleksi makan pagi yang dijual di gerai di tepi jalan. Ada bermacam-macam jenis nasi dan kuih muih yang sukar dijumpai di KL. Nasi lemak siap bungkus dengan pelbagai pilihan lauk seperti telur dadar, sambal ikan bilis, daging dan sambal ikan. Turut dijual nasi tomato, nasi minyak dan nasi kacang dal. Kalau nak rasa semua ni, silalah melawat Penang. Sedap dan murah. Kadang-kadang saya beli lebih untuk dimakan dalam perjalanan.

Selepas makan di rumah Mak Ngah, saya singgah di rumah Mak Cik di Sungai Ara. Malangnya makcik tiada di rumah kerana telah keluar untuk mengurut orang lepas bersalin..

Kemudian, sepupu menghantar kami ke airport. Selalunya Kak Saleha yang hantar ke airport sebab lokasi rumahnya kurang 10 minit ke Penang International Airport dengan menaiki kereta. Suaminya juga bekerja dengan MAS Kargo di sini. 

Sampai di airport, check in luggage. Kemudian singgah di Mc Donald untuk makan. Selepas makan, kami masuk ke departure hall.

Anak-anak sempat bermain di taman permainan yang disediakan sebelum menaiki pesawat.
Percutian budget kami ke Penang meninggalkan kenangan manis pada kami. Dapat merasa pengalaman baru. Setiap kali bercuti di Penang, kami akan mengunjungi tempat-tempat yang baru dibuka atau yang belum pernah dilawati.








Sampai di KLIA2, kami makan di Marry Brown. Kemudian menaiki bas ke KL Sentral.
Dari KL Sentral menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Selamat tinggal Penang. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki dan ada kesempatan, kami pergi lagi ...


Info percutian di Penang :

Summary dan catatan perjalanan saya :
Day 1
Stay @ Hotel Sentral Seaview
Visit Made In Penang & Padang Kota
Eat @ Padang Kota


Day 2
Stay @ Tune Hotel Georgetown
Visit Chew Thean Yeang Aquatic & Pet Shop, Penang Upside Down Museum, Chowrasta Bazaar,
Penang Times Square
Eat @ Marrybrown

Day 3
Visit relatives


Pengangkutan: 

Kapal terbang
Saya memilih menaiki penerbangan Air Asia. Beli tiket masa promosi.
Untuk booking : http://www.airasia.com/my/en/home.page
Boleh juga menaiki penerbangan MAS, Firefly dan Malindo Air untuk perjalanan dari KL ke Penang.
MAS              : https://www.malaysiaairlines.com
Firefly            : http://www.fireflyz.com.my/
Malindo Air   : http://www.malindoair.com/

Tambang untuk percutian kami :
Tiket penerbangan pergi balik dari KL ke Penang RM580.10
Termasuk :
-Tiket pergi balik untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak
- Checked baggage pergi dan balik 15 kg
- Makanan yang ditempah :
Bukhara Chicken Biryani
Uncle Chin's Chicken Rice
Red Velvet Cake


Bas
Bas boleh diambil dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
Tiket boleh dibeli di kaunter bas dan secara online.
Banyak syarikat pengangkutan yang menawarkan perjalanan ke Penang.
Untuk menempah online :
http://www.busonlineticket.com
http://www.easybook.com/en-my
http://www.kbes.com.my
http://www.transnasional.com.my/


Keretapi
Menaiki keretapi KTMB dari KL Sentral.
Tiket boleh dibeli di kaunter dan secara online
https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx


Kereta
Menggunakan Lebuhraya Utara dan Selatan.
Perjalanan sejauh 350 km , memakan masa lebih kurang 3 jam 45 minit.

Pengangkutan awam untuk melawat tempat-tempat menarik :
Bas Rapid Penang       : http://www.rapidpg.com.my/journey-planner/route-maps/
Bas Hop On Hop Off  : http://www.myhoponhopoff.com/pg/index.php?pageid=1
Feri
Teksi dan GrabCar
Beca - Untuk perjalanan dekat di sekitar bandar Georgetown.
Jika menaiki teksi dan beca, pastikan tanya dulu tambang.

Anda juga boleh menghubungi agensi pelancongan untuk day trip dan pakej pelancongan.


Penginapan : 

Pelbagai penginapan ditawarkan di Penang.
Dari penginapan budget sehingga hotel mewah.
Untuk menempah online :
Agoda          :  https://www.agoda.com
Booking       : https://www.booking.com
Trivago        : https://www.trivago.com.my
Air Asia Go : https://www.airasiago.com.my
Boleh juga menempah terus melalui website hotel.

Saya selesa menempah online melalui Agoda dan website hotel.
Ada juga membeli voucher hotel semasa MATTA Fair.
Apa-apa pun cara, yang penting, buat perbandingan harga sebelum membeli.

Untuk kali ini, saya membeli voucher Hotel Sentral Seaview semasa MATTA Fair.
Harga bilik deluxe termasuk breakfast untuk 2 orang RM140.
Tune Hotel Georgetown - tempah online
2 double room, attached room, with wifi, aircond, towel and toiletries , RM 139


Tempat Makan :
Rujuk saja di
http://saji.my/tempat-makan-yang-sedap-di-penang-patut-pergi-tahun-2016/
Restoran makanan segera juga mudah didapati di Georgetown.

Untuk kali ini, saya makan di Marrybrown, Padang Kota, Nasi Kandar Line Clear, Al Hass Cafe, Mc Donalds dan gerai di Teluk Kumbar.


Tempat-tempat menarik di Penang

Boleh rujuk di beberapa website ini
www.tourismpenang.net.my/
www.visitpenang.gov.my/
www.penang.ws/penang-attractions/placevisit.htm
mypenang.gov.my/
www.malaysia.travel/en/my/places/states-of-malaysia/penang/
www.penangtouristcentre.com/
wikitravel.org/en/Penang



Apa tunggu lagi, rancang percutian anda ke Penang .....



No comments:

Post a Comment