Pada kali ini, saya ingin berkongsi info Made In Penang Interactive Museum. Saya berkesempatan melawat muzium ini semasa bercuti dengan keluarga.
Made In Penang adalah 3D muzium yang trendy dan semakin mendapat tempat di hati pengunjung.
Jika sebelum ini, muzium lebih berkonsep tradisional dengan memaparkan bahan sejarah, kini muzium lebih bersifat moden selari dengan teknologi digital.
Muzium berkonsep interaktif ini merupakan satu inisiatif untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja mencintai muzium. Sejarah Penang diungkap dalam bentuk seni visual kreatif beasaskan 3D.
Di samping mempelajari sejarah, pengunjung dapat mengabadikan kenangan dalam bentuk fotografi.
Memaparkan kepelbagaian dan keunikan yang terdapat di Penang. Dari makanan, budaya, etnik, tempat menarik, figure terkenal dan segala-gala mengenai Penang, semuanya terdapat di sini.
Terletak di deretan bangunan bereka bentuk klasik. Melangkah masuk saja ke sini, saya berasa seperti berada pada zaman sebelum merdeka.
5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba Di Sini
1. Wall Paintings
Lukisan dinding menggambarkan keadaan pelabuhan Pulau Pinang dan beca pada abad ke-19. Pengunjung boleh duduk di atas beca sambil mengambil gambar untuk kenangan.
2. Handmade jetty waterfront
Jangan lepaskan peluang melihat sendiri kehalusan miniature jeti sepanjang 20 kaki hasil kerja tangan artis kelahiran Pulau Pinang, Khoo Chooi Hooi. Turut dipamerkan pelbagai model yang menggambarkan gaya hidup dan budaya penduduk Penang yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Interactive Trick Art
Tidak puas menatap model dan miniature? Made in Penang menyajikan 30 lukisan seni 3D yang interaktif. Membolehkan pengunjung meneroka dan merasai keunikan Penang dalam dimensi yang berbeza dari berkonsep lucu hinggalah penuh dengan nostalgia sejarah.
3. Kios Interaktif
Pengunjung boleh mencuba memakai topeng digital di kios interaktif dan membina bangunan di atas tapak tangan dengan teknologi digital.
4. Menikmati secawan kopi
Masih berpeluang duduk berbual dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kedai kopi dalam keadaan kesibukan beliau menjalankan tugas.
Kunjungan ke sini meninggalkan kenangan manis kepada kami sekeluarga. Di samping menimba ilmu, kami dapat bergembira dan mengeratkan silaturahim. Gambar-gambar yang diambil jelas memaparkan kepuasan berkunjung ke sini.
Satu inisiatif kreatif dari pemilik muzium yang patut dipuji dalam usaha memartabatkan industri pelancongan Pulau Pinang.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Bayaran masuk
Warganegara : Dewasa : RM 15, Kanak-kanak : RM 10
Pelancong Asing : Dewasa : RM 25, Kanak-kanak : RM 15
Alamat :
No.3, Pengkalan Weld, 10300 George Town,
Penang Malaysia.
Tel No : +604 262 6119
Website : www.madeinpenang.my
E-mail : info@madeinpenang.my
Facebook : facebook.com/MadeInPenang
GPS Coordinate: N5.416596, E100.343798
Bagaimana ke sana :
Bas
Boleh menaiki bas Rapid Penang.
Sama ada menaiki bas berbayar atau perkhidmatan bas percuma
Pengunjung juga boleh menaiki bas Penang Hop On Hop Off
Teksi
Menggunakan perkhidmatan teksi atau GrabCar
Beca
Mencuba pengalaman baru menaiki beca.
Kereta
Bagi pengunjung yang memandu kereta, boleh meletakkan kenderaan di kawasan parkir Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang terletak di tepi dan belakang muzium.
Selamat berkunjung ke Made In Penang Interactive Museum.
Semoga dapat memanfaatkan maklumat untuk merancang percutian anda.
No comments:
Post a Comment