Saturday, 15 April 2017

Day 2 : Penang , 26/02/16 - 28/02/16


Awal-awal pagi, saya dah bangun tidur. Mandi dan solat Subuh. Kemudian,kemas pakaian dan barang-barang untuk check-out.

Kejutkan anak-anak untuk breakfast. Kami selalu turun breakfast awal untuk memudahkan mencari meja yang strategik. Saya suka meja yang terletak di penjuru. Coffee house di Hotel Sentral Seaview ni special sikit sebab terletak di tepi swimming pool. Guest boleh pilih nak makan di dalam coffee house atau di tepi swimming pool. Dah tentu saya pilih tepi swimming pool sambil menghirup angin laut pada waktu pagi. Bestnya .



Photo credit :  http://www.hotelsentralseaviewpenang.com.my

Photo credit :  http://www.hotelsentralseaviewpenang.com.my
Breakfast voucher for 2 person. Saya bayar buffet breakfast untuk Farhana.
Food selection ok. Favourite saya kat sini, omelette. Ada booth omelette
Boleh personalised, pilih ingredient, then chef prepare.
Maaf tak sempat snap gambar sbb fokus makan.

Tak puas lagi makan sambil menghirup bayu laut, Farhana & Luqman dah tak sabar nak mandi swimming pool. Naik ke bilik, tukar baju & turun semula.

Nenek bawa Superboy jalan-jalan



Selepas puas mandi, bermain pasir dan berjalan menyusuri pantai, kami naik ke bilik, bersiap untuk check out. Call grabtaxi untuk ke Tune Hotel.

Tune Hotel Georgetown antara favourite saya untuk bermalam kerana lokasi yang easy access. Berdekatan pengangkutan awam dan restoran. Melawat Penang memberi saya peluang menikmati keindahan pantai dan merasai pengalaman di bandar. Beach & city.

Kalau nak rasa kesejukan tanah tinggi, boleh bermalam di Bukit Bendera. Bagi yang ingin merasai suasana perkampungan nelayan, boleh memilih menginap di kawasan Teluk Bahang dan Teluk Kumbar.

Malam ni kami bermalam di Tune Hotel Georgetown. Check in, berehat dan minum sebelum meneruskan pengembaraan Joe Jambul ( citer kegemaran masa saya kecik-kecik dulu).

Selang beberapa bangunan dari Tune Hotel, terletak Chew Thean Yeang Aquatic & Pet Shop.
Pet Shop ini merupakan tempat wajib dilawati jika kami menginap di Tune Hotel, Pet shop terbesar di Penang dengan hiasan landskap yang sangat cantik. Masuk adalah percuma. Dulu, disediakan perkhidmatan fish reflexology, tapi sekarang dah tak ada. Aktiviti menarik kami, melihat haiwan dan memberi makan ikan. Makanan ikan dijual di sini. Arini, saya belanja ikan koi makan.




" Fish dah kenyang. Bye..bye ... Nan balik dulu, nanti kita jumpa lagi. Mama nak bawa Nan pergi tempat lain". Lepas say good bye kat ikan-ikan, kami berjalan ke destinasi seterusnya.

Berpeluh-peluh kami berjalan menyusuri bangunan-bangunan lama, akhirnya sampai di sini ....

Macam mana pulak Luqman dan Nenek tergantung kat siling ni ?





Muzium ini terletak di deretan kedai. Agak susah untuk mencari. Dinasihatkan menggunakan waze atau merujuk peta.

Saya belanja Luqman makan aiskrim yang dijual di luar bangunan. Hanya saya dan Farhana yang masuk ke dalam muzium ini. Luqman takut nak masuk sebab semua benda terbalik. Takut timpa kepala. Suka hati ko la Luqman ...

Banyak gambar yang sempat dirakam. Untuk melihat gambar dan info tentang Upside Down Museum, tunggu entri seterusnya ... Saya akan buat detailed review untuk rujukan.

Perut berkeroncong dan tekak dah kering. Kami berjalan kaki ke Nasi Kandar Line Clear .
Melepaskan gian makan nasi kandar. Nasi Kandar Line Clear memang sedap dan sentiasa menjadi pojaan hatiku kalau berkunjung ke Penang. Ditambah pula dengan hiasan kedai berlatar belakang suasana Penang pada zaman sebelum merdeka.

Selepas mengisi perut dan membasahkan tekak, anak-anak mengejar beca untuk pusing-pusing di kawasan berdekatan.

Tips untuk yang nak menaiki beca :
- Ada sesetengah penarik beca suka menjadikan pelancong mangsa dengan mengenakan bayaran yang terlalu mahal.
- Tanya harga sebelum naik beca.
- Saya selalu naik beca untuk merasai pengalaman. Memang acara wajib untuk anak-anak.
So saya naik dari Chowrasta ke jetty. Tambang dalam RM10-12 bagi sebuah beca. Perjalanan mengambil  masa 15 minit. Memang seronok menyusuri bangunan-bangunan lama.
- Jika mengelilingi tempat-tempat bersejarah, mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam, bayaran dalam RM40-50.
- Kalau nak rasa pengalaman je, saya naik yang murah. Kita boleh meminta penarik beca berhenti untuk shopping & mengambil gambar. Best kan ..

Saya cuma nak tunjukkan gambar beca.
Abaikan panampilan kami yang dah selekeh dan melekit sebab cuaca panas.
Farhana muka masam sebab kena duduk bawah.
Kami menaiki beca dari Chowrasta Bazaar ke Jetty. Selepas tu, tunggu mak saudara saya yang akan bersama-sama bermalam dan berjalan-jalan bersama kami.

Dari jetty, kami menaiki GrabTaxi ke Penang Times Square. Best gak mall ni. Tak busy sangat. Boleh bawa anak tengok pemandangan dan ambil gambar. Kat dalam ni ada permainan kanak-kanak, video games, Fun Filled Wax Museum, Ocean Park. Restoran pun banyak. Saya sempat bergambar dengan Mr Bean di hadapan Wax Museum.

Kebetulan masa ni lepas sambutan Tahun Baru Cina, jadi banyak decoration. Anak-anak teruja melihat patung Transformers besar. Mall pun tak berapa busy memudahkan kami bergambar.







My happy family

Mama belanja anak-anak bermain di Mgame Amusement Centre di tingkat 3. Tak puas lagi, Mama bawa gi main rolling car. Best tau main kereta golek-golek ni. Rasanya macam Mama yang terlebih seronok. Pastu bawa gi bergambar dengan karektor Doraemon. Bukan main seronok Farhana dan Luqman dapat bergambar dengan Doraemon, Nobita, Shizuka, Sunio dan Giant. Kebetulan sama pulak baju Luqman dengan salah satu watak kartun. Tak puas lagi, Mama bermurah hati bawa gi Ocean Park.








Sama pulak baju arini ...

Bagi penggemar selfie, jangan lupa singgah di sini. Anda mesti berpuas hati dapat bergambar berlatar belakang pemandangan tempat-tempat menarik di Penang. Lukisan 3D yang menarik, Boleh bergambar di dalam kereta kabel Bukit Bendera dan sampan.







Bergambar, bergambar dan bergambar lagi. Dah lapar, isi perut di Marrybrown. Kemudian, call GrabTaxi untuk balik ke Chowrasta Bazaar. Saya singgah untuk membeli Jeruk Madu Pak Ali dan cenderamata untuk dibawa pulang. Kemudian, kami menaiki teksi ke Tune Hotel.

Malam tu, saya keluar bersama Farhana untuk membeli makanan di kedai mamak. Kami beli Mee Goreng Mamak, nasi lemak dan air. Mee goreng memang nalerekek. Setiap kali menginap di Tune Hotel mesti saya beli mee goreng di sini. Kedai tu terletak di hadapan Tune Hotel, kena lintas jalan dan berjalan sikit.

Selepas sapedek, kami tidur dengan nyenyak. Anak-anak tidur sambil tersenyum puas. Macam-macam pengalaman merasa.

Esok dah nak balik KL.






















No comments:

Post a Comment