Sunday, 6 October 2019

CAMERON HIGHLANDS




Cameron Highlands terletak di negeri Pahang, bersempadan dengan Perak.

PENGANGKUTAN
Kami memilih menaiki bas dari TBS ke Tanah Rata, Cameron Highlands.
Tiket boleh dibeli di kaunter TBS atau melalui online.

Pembelian tiket secara online melalui :

Tambang bas berharga RM35 seorang/sehala
Tiada tambang konsesi untuk kanak-kanak dan warga emas.

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas ulang alik dari KL (TBS) ke Tanah Rata antaranya :
Unititi Express
CS Travel and Tours   
Perak Transit
Pahang Lin Siong Motor Co Bhd        

Waktu Perkhidmatan Bas :
Dari Kuala Lumpur      : 8:00 pagi – 5:00 petang
Dari Tanah Rata          : 8:00 pagi – 5:30 petang

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan trafik.

Bas akan melalui lebuhraya PLUS dan susur keluar ke Tapah. Kemudian, meneruskan perjalanan berbukit bukau dan bersimpang siur selama 2 jam ke Tanah Rata.

Selain dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas turut disediakan dari Penang, Singapura dan Ipoh.

Pengunjung boleh memandu sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai.


Agensi Pelancongan di sini menawarkan pakej untuk melawat ke tempat menarik sekitar Cameron highlands.

Selain itu, pengunjung boleh menggunakan khidmat teksi yang disewa mengikut jam atau ke tempat yang dikehendaki.


PENGINAPAN
Pelbagai jenis penginapan ditawarkan di sini, dari pilihan mewah sehinggalah ke hotel budget.

Banyak hotel budget terdapat di Tanah Rata. Brinchang pula menawarkan hotel yang lebih besar dan mewah.

Penginapan boleh ditempah sama ada melalui telefon atau online.

Penempahan hotel melalui online boleh dibuat melalui:


TEMPAT MENARIK
Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Cameron Highlands.

Antara tempat pilihan saya setiap kali berkunjung ke sini :


Ladang Teh Boh Sungai Palas
Minum teh dan makan teh sambil menikmati kehijauan ladang teh.
Berpeluang melihat demonstrasi pembuatan teh.


Ladang Strawberi Raaju’s Hill
Keenakan ais krim dan pencuci mulut berasaskan strawberi.
Pemilik ladang memberi peluan untuk masuk dan bergambar di dalam ladang strawberi.


Ladang Lebah Ee Feng Gu
Melawat ke pusat penternakan lebah. Bergambar dengan patung lebah yang comel.


Rose Centre
Pelbagai jenis bunga ros dan bunga lain ditanam di sini.
Landskap yang menarik dengan patung pelbagai jenis karekter kartun.
Tetapi taman ini tidak diselia dengan baik menyebabkan banyak pokok bunga telah mati sejak bertukar pengurusan.


Market Square
Pasar yang terletak di Kea Farm dibuka dari pagi hingga petang. Menawarkan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, pakaian , makanan dan cenderamata.


Cactus Valley
Mempamerkan pelbagai jenis kaktus, bunga dan tumbuhan hiasan dari bermacam bentuk, warna dan saiz.
Dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang.
Tiket masuk bagi dewasa (RM5.00) dan kanak-kanak (RM2.00).


Cameron Lavender
Cameron Lavender adalah salah satu tarikan terbaru yang terdapat di Cameron Highlands.
Terkenal dengan ladang lavender berwarna ungu yang indah dan bunga-bunga lain yang pelbagai warna, saiz dan rupa.
Patung berwarna-warni dan landskap menarik diilhamkan dari pamandangan desa di Eropah.
Terdapat café, kolam ikan koi dan kedai cenderamata.


MAKANAN
Terdapat pelbagai jenis makanan di Cameron Highlands. Termasuklah makanan Melayu, India Selatan, Cina,  Inggeris,  dan steamboat. Restoran makanan segera dan francais juga telah banyak dibuka di sini. Kebanyakan tempat makan  terletak di Tanah Rata dan Brinchang.

Bukan saja di café dan restoran, pelbagai jenis makanan turut dijual di medan selera, pasar dan tepi jalan.

Banyak restoran dan café menawarkan makanan berasaskan strawberi. Selain itu, steamboat merupakan makanan yang popular sebagai hidangan makan malam kerana faktor cuaca yang sejuk pada waktu malam.



SHOPPING
Cameron Highlands adalah destinasi membeli-belah yang popular untuk cenderahati, kraftangan, produk pertanian dan perhiasan bunga yang dijual di kedai-kedai, pasar dan taman-taman di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

Pakaian, kraftangan dan cenderahati adalah barangan yang popular untuk pelancong manakala pelawat tempatan lebih suka bunga, sayuran, tumbuhan dan teh.

Pengunjung juga boleh membeli cenderahati yang unik yang mencerminkan warisan semulajadi Cameron Highlands, seperti serangga yang dipelihara, kraftangan kayu dan bakul rotan.
Terdapat dua pusat membeli-belah di sini; Cameron Square (Kea Farm) dan Cameron Fair (Tanah Rata).

Pasar Malam Brinchang antara tarikan membeli-belah yang terkenal pada hari Jumaat dan hujung minggu.


TIPS PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS
- Tempah hotel awal.
- Jika menaiki bas, pastikan membeli tiket pulang sebaik tiba di sana.
- Rancang perjalanan untuk mengelakkan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
- Ladang Teh Boh tidak sesuai untuk dilawati oleh orang tua dan orang kuran upaya kerana pengunjung terpaksa menaiki tangga yang dibina untuk ke Café dan Kilang Teh. Kenderaan parking di bawah.
- Jika bersama warga emas, boleh melawat Ladang Teh Bharat @ Cameron Valley. Terletak di tepi jalan menuju ke Tanah Rata , jika dari Ringlet.
- Pastikan tiba awal di Ladang Teh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
- Jalan bengkang bengkok dan ada yang hanya boleh dilalui sehala sahaja.
- Periksa waktu lawatan ke kilang untuk mempelajari proses pembuatan teh.
- Pastikan anda meluangkan masa antara 1-2 jam di Lavender Garden untuk bergambar, bersiar-siar, membeli belah dan menikmati ais krim di sini.
- Berhati-hati ketika memandu di kawasan curam dan bersimpang siur

No comments:

Post a Comment