Sunday, 6 October 2019

CACTUS POINT



Dalam perjalanan pulang ke Tanah Rata, kami singgah di Cactus Point yang terletak di tepi jalan.

Cactus Point yang terletak di Brinchang adalah pusat semaian kaktus yang terawal dibuka di Cameron Highland.Menjual pelbagai jenis tumbuhan tempatan dan eksotik.
Tarikan utama di Cactus Point adalah kepelbagaian bentuk, warna dan saiz kaktus yang dipamerkan sama ada untuk jualan dan hiasan.

Di bahagian lain adalah seksyen untuk menjual pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna-warni.  Pasu, hiasan dan baja turut dijual di sini. Jika tidak pasti cara penjagaan kaktus dan pokok, ringankan mulut untuk bertanya kepada pekerja di sini. Mereka berbesar hati memberi khidmat nasihat dan tips kepada anda.

Anak-anak dan Mama begitu teruja memilih kaktus kecil untuk dibawa pulang.

Free entry. Cactus Point dibuka dari 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Tapak parking yang luas disediakan di hadapan Cactus Point untuk kemudahan pengunjung.

Pada kunjungan akan datang , saya merancang untuk berkunjung ke Cactus Valley. Pusat kaktus yang lebih besar dan menarik. Bayaran masuk dikenakan di Cactus Valley.

No comments:

Post a Comment