Sunday, 6 October 2019

Cameron Highlands, 28-29 Sept 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak menulis. Dah bersawang blog ni.

Mama request nak pergi Cameron Highland sempena hari jadi yang ke 67.
Cuti tahun dah habis, so short vacay saja, 2H1M.
Kali terakhir ke Cameron Highland 8 tahun lepas bersama Farhana dan kawan-kawan.

Bila tiba hari lahir ahli keluarga, biasanya kami akan pergi bercuti.
Pilih destinasi yang bersesuaian dengan bajet.

Tarikh hari lahir kami:
28 Feb (saya),
26 June (Farhana),
30 Sep (Mama),
12 Dec (Luqman).
Lebih kurang selang 3 bulan.

Awal-awal lagi, saya telah berpesan kepada anak-anak untuk mengemas pakaian dan barang yang akan dibawa sehari sebelum bertolak ke Cameron Highlands. Ini adalah kerana, kami akan bertolak awal pagi.

Anak-anak begitu teruja dan tidak sabar untuk pergi bercuti ke Cameron Highlands. Tambahan pula, inilah kali pertama Luqman berkunjung ke sana.

Kami bertolak dari rumah selepas Subuh. Terus mengambil Grab untuk ke TBS.
Kemudian, bersarapan pagi di kedai mamak yang terletak di tingkat atas.
Beli air mineral dan makanan ringan di 7-Eleven untuk bekalan di dalam perjalanan.

Bas bertolak pada pukul 8:15 pagi.
Melalui lebuhraya PLUS adalah perkara biasa bagi Luqman.
Selepas susur keluar ke Tapah, bas melalui perkampungan Orang Asli di Tapah dalam perjalanan menuju ke Tanah Rata.
Saya sibuk melayan pertanyaan Luqman kerana dia pelik melihat rumah Oran Asli di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan.






Melalui kawasan Air Terjun Lata Iskandar, deretan kedai menjual produk kraftangan Orang Asli dan ladang teh. Sejuk mata memandang kehijauan alam.

Lebih kurang pukul 12:30 tengahari, kami sampai di Tanah Rata.
Makan tengahari di Marry Brown dulu sementara menunggu waktu pendaftaran masuk hotel. Marry Brown cawangan ini masih megekalkan harga standard seperti di tempat lain.
Anak-anak memilih untuk makan di luar restoran, di buaian sambil memotong kek ulang tahun Mama.





Saya bersama Luqman ke Lord’s Café , café kegemaran saya untuk membeli scones. Café ini berkonsep retro dengan hiasan perabut antik.

Private room juga disediakan jika ingin lebih privasi atau menyambut hari lahir bersama keluarga dan kawan-kawan.

Mainan seperti catur, carom dan Scrable terdapat di sini. Buku-buku disusun kemas di rak untuk bacaan pengunjung.

Selepas makan, kami ke hotel untuk check in. Simpan barang dan berehat sebentar sebelum turun untuk bersiar-siar di sekitar Tanah Rata.







Selepas solat, saya membawa anak-anak bermain permainan di Cameron Fair. Lepas bermain, barulah aman untuk berjalan-jalan.

Window shopping di deretan kedai yang terdapat di pekan Tanah Rata sambil melihat jika ada yang berkenan untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

Singgah di Bazaar yang terdapat di situ. Ada menjual beg, mainan, aksesori telefon, gerai makanan dan pelbagai barangan.

Anak-anak membeli dompet dengan harga RM10.








Sebenarnya, kami ingin melawat ke ladang strawberi yang terletak di situ. Tetapi ladang strawberi telah ditutup dan diubah suai menjadi restoran.

Restoran Taman Apple Cameron ini menyediakan menu a la carte, set dan buffet.
Berkonsep restoran di dalam taman. Memang sangat menarik landskap di restoran ini. Disebabkan perut masih penuh, kami lalu saja di taman di hadapan restoran, sambil bertanya harga steamboat & grill set di situ. Lain kali, kami nak cuba makan di sini.




Kemudian, Luqman dan Farhana pergi ke Kedai RM2 untuk membeli teropong dan kad mainan.

Kami berjalan menuju ke hotel . Singgah di taman untuk berehat. 








Kami singgah di stesen teksi untuk bertanya tentang sewa teksi untuk lawatan esok.
Selain teksi, pengunjung boleh mengikuti lawatan yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang banyak terdapat di Tanah Rata.





Kami ke Old Town White Coffee. Makan roti bakar, nasi ayam dan Chocolate Drink. Harga makanan di Old Town di sini lebih mahal daripada francais di tempat lain.







Selepas minum, kami naik ke hotel untuk berehat.  Kemudian, saya dan Luqman turun untuk membeli makanan. Bungkus satay ayam, satay ikan dan sup kambing untuk makan malam.




Kami tidur awal kerana akan mengikuti lawatan esok.


HARI KE-2
Saya bangun tidur awal untuk mengemas barang dan bersedia untuk check out sebelum mengikuti lawatan.

Bersarapan di restoran Mamak.
Nasi lemak , tosai dan teh tarik.









Ke stesen teksi di hadapan restoran untuk memulakan lawatan ke tempat-tempat menarik.
Berbincang dengan pemandu teksi tentang tempat pilihan yang akan dilawati.

SIGHT SEEING TOUR
Boh Tea Plantation
Lavender Garden
Ee Feng Gu Bee Farm
Market Square
Cactus Point
Strawberry Farm


Kami tiba di Tanah Rata pada pukul 2:15. Pergi ke hotel untuk mengambil beg dan barang-barang. Menuju ke stesen bas untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak balik pada pukul 3:00 petang dan tiba di KL Sentral pada pukul 7:30 malam.


ITINERARY FOR OUR 2D1N CAMERON HIGHLANDS TRIP

DAY 1
- Bertolak ke Cameron Highland
- Lunch di Marry Brown. Celebrate birthday Mama
   Singgah @ my favourite café. T-Café.
- Check in hotel.
- Berehat
- Keluar jalan-jalan
   Avillion Mall, Pasar Malam, Pekan Tanah Rata, Stesen Bas Tanah Rata
- Balik hotel, berehat
- Bungkus makanan untuk makan malam @ Pasar Malam & Pekan
- Dinner.
- Selamat malam. Esok nk pergi Country Tour



DAY 2
-           Bangun pagi, berkemas
-           Check out
-           Breakfast
-           Sight Seeing Tour
       Boh Tea Plantation
       Lavender Garden
       Bee Farm
       Market Square
       Cactus Point
       Strawberry Farm
-           Balik KL

Ikuti catatan dan info tentang tempat menarik dalam entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment