Sunday, 6 October 2019

CAMERON HIGHLANDS




Cameron Highlands terletak di negeri Pahang, bersempadan dengan Perak.

PENGANGKUTAN
Kami memilih menaiki bas dari TBS ke Tanah Rata, Cameron Highlands.
Tiket boleh dibeli di kaunter TBS atau melalui online.

Pembelian tiket secara online melalui :

Tambang bas berharga RM35 seorang/sehala
Tiada tambang konsesi untuk kanak-kanak dan warga emas.

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas ulang alik dari KL (TBS) ke Tanah Rata antaranya :
Unititi Express
CS Travel and Tours   
Perak Transit
Pahang Lin Siong Motor Co Bhd        

Waktu Perkhidmatan Bas :
Dari Kuala Lumpur      : 8:00 pagi – 5:00 petang
Dari Tanah Rata          : 8:00 pagi – 5:30 petang

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan trafik.

Bas akan melalui lebuhraya PLUS dan susur keluar ke Tapah. Kemudian, meneruskan perjalanan berbukit bukau dan bersimpang siur selama 2 jam ke Tanah Rata.

Selain dari Kuala Lumpur, perkhidmatan bas turut disediakan dari Penang, Singapura dan Ipoh.

Pengunjung boleh memandu sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai.


Agensi Pelancongan di sini menawarkan pakej untuk melawat ke tempat menarik sekitar Cameron highlands.

Selain itu, pengunjung boleh menggunakan khidmat teksi yang disewa mengikut jam atau ke tempat yang dikehendaki.


PENGINAPAN
Pelbagai jenis penginapan ditawarkan di sini, dari pilihan mewah sehinggalah ke hotel budget.

Banyak hotel budget terdapat di Tanah Rata. Brinchang pula menawarkan hotel yang lebih besar dan mewah.

Penginapan boleh ditempah sama ada melalui telefon atau online.

Penempahan hotel melalui online boleh dibuat melalui:


TEMPAT MENARIK
Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Cameron Highlands.

Antara tempat pilihan saya setiap kali berkunjung ke sini :


Ladang Teh Boh Sungai Palas
Minum teh dan makan teh sambil menikmati kehijauan ladang teh.
Berpeluang melihat demonstrasi pembuatan teh.


Ladang Strawberi Raaju’s Hill
Keenakan ais krim dan pencuci mulut berasaskan strawberi.
Pemilik ladang memberi peluan untuk masuk dan bergambar di dalam ladang strawberi.


Ladang Lebah Ee Feng Gu
Melawat ke pusat penternakan lebah. Bergambar dengan patung lebah yang comel.


Rose Centre
Pelbagai jenis bunga ros dan bunga lain ditanam di sini.
Landskap yang menarik dengan patung pelbagai jenis karekter kartun.
Tetapi taman ini tidak diselia dengan baik menyebabkan banyak pokok bunga telah mati sejak bertukar pengurusan.


Market Square
Pasar yang terletak di Kea Farm dibuka dari pagi hingga petang. Menawarkan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, pakaian , makanan dan cenderamata.


Cactus Valley
Mempamerkan pelbagai jenis kaktus, bunga dan tumbuhan hiasan dari bermacam bentuk, warna dan saiz.
Dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang.
Tiket masuk bagi dewasa (RM5.00) dan kanak-kanak (RM2.00).


Cameron Lavender
Cameron Lavender adalah salah satu tarikan terbaru yang terdapat di Cameron Highlands.
Terkenal dengan ladang lavender berwarna ungu yang indah dan bunga-bunga lain yang pelbagai warna, saiz dan rupa.
Patung berwarna-warni dan landskap menarik diilhamkan dari pamandangan desa di Eropah.
Terdapat café, kolam ikan koi dan kedai cenderamata.


MAKANAN
Terdapat pelbagai jenis makanan di Cameron Highlands. Termasuklah makanan Melayu, India Selatan, Cina,  Inggeris,  dan steamboat. Restoran makanan segera dan francais juga telah banyak dibuka di sini. Kebanyakan tempat makan  terletak di Tanah Rata dan Brinchang.

Bukan saja di café dan restoran, pelbagai jenis makanan turut dijual di medan selera, pasar dan tepi jalan.

Banyak restoran dan café menawarkan makanan berasaskan strawberi. Selain itu, steamboat merupakan makanan yang popular sebagai hidangan makan malam kerana faktor cuaca yang sejuk pada waktu malam.



SHOPPING
Cameron Highlands adalah destinasi membeli-belah yang popular untuk cenderahati, kraftangan, produk pertanian dan perhiasan bunga yang dijual di kedai-kedai, pasar dan taman-taman di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

Pakaian, kraftangan dan cenderahati adalah barangan yang popular untuk pelancong manakala pelawat tempatan lebih suka bunga, sayuran, tumbuhan dan teh.

Pengunjung juga boleh membeli cenderahati yang unik yang mencerminkan warisan semulajadi Cameron Highlands, seperti serangga yang dipelihara, kraftangan kayu dan bakul rotan.
Terdapat dua pusat membeli-belah di sini; Cameron Square (Kea Farm) dan Cameron Fair (Tanah Rata).

Pasar Malam Brinchang antara tarikan membeli-belah yang terkenal pada hari Jumaat dan hujung minggu.


TIPS PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS
- Tempah hotel awal.
- Jika menaiki bas, pastikan membeli tiket pulang sebaik tiba di sana.
- Rancang perjalanan untuk mengelakkan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
- Ladang Teh Boh tidak sesuai untuk dilawati oleh orang tua dan orang kuran upaya kerana pengunjung terpaksa menaiki tangga yang dibina untuk ke Café dan Kilang Teh. Kenderaan parking di bawah.
- Jika bersama warga emas, boleh melawat Ladang Teh Bharat @ Cameron Valley. Terletak di tepi jalan menuju ke Tanah Rata , jika dari Ringlet.
- Pastikan tiba awal di Ladang Teh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
- Jalan bengkang bengkok dan ada yang hanya boleh dilalui sehala sahaja.
- Periksa waktu lawatan ke kilang untuk mempelajari proses pembuatan teh.
- Pastikan anda meluangkan masa antara 1-2 jam di Lavender Garden untuk bergambar, bersiar-siar, membeli belah dan menikmati ais krim di sini.
- Berhati-hati ketika memandu di kawasan curam dan bersimpang siur

BIG RED STRAWBERRY FARM



Big Red Strawberry Farm juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highlands.
Terletak di bandar Brinchang, betul-betul bersebelahan Cactus Valley.

Dibuka setiap hari, dari pagi hingga petang. Kemasukan percuma.

Sekiranya tinggal di Brinchang, tanyakan kepada pekerja hotel  dan mereka boleh menunjuk arah ke sini. Ladang strawberi ini terletak kira-kira 500 m dari Star Regency Hotel/Apartment.

Pengunjung boleh menikmati keindahan taman dan ladang strawberi. Café menjual minuman, ais krim dan pencuci mulut berasaskan strawberi.

Pengunjung boleh memetik sendiri strawberi di ladang dengan minimum sebanyak 500 g.
Bayaran yang dikenakan ialah RM50 bagi setiap 1 kg.
Deposit RM50 dikenakan dan akan dipulangkan selepas menimbang strawberi yang dipetik.
Hanya 2 orang dibenarkan masuk ke ladang bagi setiap deposit RM50. 

Berhati-hati apabila melalui jalan turun kerana curam dan bersimpang siur.

CACTUS POINT



Dalam perjalanan pulang ke Tanah Rata, kami singgah di Cactus Point yang terletak di tepi jalan.

Cactus Point yang terletak di Brinchang adalah pusat semaian kaktus yang terawal dibuka di Cameron Highland.Menjual pelbagai jenis tumbuhan tempatan dan eksotik.
Tarikan utama di Cactus Point adalah kepelbagaian bentuk, warna dan saiz kaktus yang dipamerkan sama ada untuk jualan dan hiasan.

Di bahagian lain adalah seksyen untuk menjual pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna-warni.  Pasu, hiasan dan baja turut dijual di sini. Jika tidak pasti cara penjagaan kaktus dan pokok, ringankan mulut untuk bertanya kepada pekerja di sini. Mereka berbesar hati memberi khidmat nasihat dan tips kepada anda.

Anak-anak dan Mama begitu teruja memilih kaktus kecil untuk dibawa pulang.

Free entry. Cactus Point dibuka dari 8:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Tapak parking yang luas disediakan di hadapan Cactus Point untuk kemudahan pengunjung.

Pada kunjungan akan datang , saya merancang untuk berkunjung ke Cactus Valley. Pusat kaktus yang lebih besar dan menarik. Bayaran masuk dikenakan di Cactus Valley.

MARKET SQUARE



Pasar yang terletak di jalan menuju ke Rose Centre dibuka dari pagi hingga petang.

Menawarkan pelbagai jenis sayur sayuran, buah-buahan, bunga, pokok bunga, cenderamata, pakaian, mainan, madu lebah dan makanan.

Walaupun telah dibuka tapak pasar di tempat lain, tetapi Market Square ini menjadi pilihan saya kerana kepelbagaian hasil jualan dan kesegaran produk yang dijual.

Longgokan strawberi segar dari ladang menjadikan harga lebih rendah kerana persaingan dari peniaga.

Antara barang yang wajib dibeli jika berkunjung ke sini:
-           Buah strawberi
-           Produk berasakan strawberi seperti jem, cordial, ais krim.
-           Jagung. Sama ada yang telah telah dimasak atau jagung mentah
-           Keledek manis rebus dan segar
-           Sayur-sayuran segar
-           Pelbagai jenis buah-buahan
-           Bunga ros segar
-           Bunga kering
-           Pokok bunga dan pokok kaktus
-           Barang dengan tema strawberi seperti pakaian, alatulis, bantal dan sebagainya
-           Makanan seperti sayur-sayuran goreng, nugget, ayam goreng
-           Mainan. Topi bermotif haiwan
-           Cenderahati

LADANG LEBAH EE FENG GU





Ladang Lebah Ee Feng Gu merupakan salah satu tarikan di Cameron Highlands.

Pekerja di sini telah terlatih dan sangat berpengalaman tentang madu lebah dan penjagaan lebah. Mereka akan berkongsi tips mengenai madu lebah dan lebah.

Di ladang ini, pengunjung dapat melihat madu lebah, royal jeli dan sarang lebah.
Pengunjung boleh melawat sendiri ke ladang penternakan lebah.
Landskap dan patung lebah yang cantik menarik pehatian pengunjung untuk bergambar.
Berhati-hati dengan lebah agar tidak disengat.






Tiket Masuk: Percuma
Dibuka setiap hari pada jam 8 pagi hingga 7 malam

Di dalam kompleks ini terdapat :
- Kedai menjual produk madu
- Kedai menjual cenderamat lain
- Mini Taman Tema Kanak-Kanak yang dilengkapi mesin syiling
- Parking



LAVENDER GARDEN




Lavender Garden adalah antara tarikan terbaru yang terdapat di Cameron Highlands.

Pengunjung dapat menikmati pemandangan indah lavender.

Taman ini bermula dengan lavender dari Hokkaido dan kemudian Mona Lavender. Terdapat beberapa lavender Taiwan berhampiran dengan laluan cerun.






Pemandangan indah dengan deretan bunga berwarna ungu, merah dan kuning di sepanjang jalan menarik perhatian pengunjung untuk bergambar.

Kotak pos dalam bentuk rumah kayu, masing-masing menandakan cinta, kekayaan dan kesihatan.

Berjalan ke cerun, kami disambut dengan ruang yang lebih besar dengan bunga matahari yang banyak.
























MUST DO LIST :
-           Mengambil gambar berlatar belakang pohon lavender.
-           Bergambar di taman dipenuhi bunga segar berwarna-warni.
-           Bergambar dengan patung, tugu, lukisan 3D dan landskap menarik
-           Mencuba ais krim lavender
-           Menikmati ais krim dan minuman berasaskan strawberi di café
-           Memberi makan ikan di kolam
-           Memetik strawberi
-           Membeli cenderamata seperti fridge magnet, key-chain, jem strawberi, jus strawberi dan sebagainya.

Lavender Garden Cameron Highlands
Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia.
Opening Hours:
Mon – Thur     : 9AM-6PM
Fri – Sun          : 9AM-7PM
Contact            : +605 – 4961 208

Tiket masuk  (Sept 2019):
Dewasa          : RM10
Kanak-kanak : RM7

LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS


Ladang Teh Boh yang terletak di Sungai Palas merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menjadi pilihan pengunjung. Di sini terdapat kilang pemprosesan teh untuk kunjungan orang ramai, kedai menjual teh dan café. Pengunjung boleh menikmati teh, kek dan makanan ringan di sini sambil melihat pemandangan menghijau ladang teh dan menghirup udara segar.

Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Isnin (ditutup).

Jalan ke cafe dan kilang pemprosesan teh telah ditutup. Pihak pengurusan telah membina laluan pejalan kaki yang bermula dari rumah pekerja ke atas. Pengunjung terpaksa mendaki anak tangga untuk naik ke atas.

Tidak sesuai untuk warga emas dan orang kurang upaya.





Sampai saja di atas, pengunjung sudah ramai tiba. Kami terus memilih tempat duduk dan beratur di kaunter untuk memesan teh dan Brownies.  Kami hanya minum dan makan brownies memandangkan perut masih penuh.




Selepas minum, kami berjalan di sekitar kilang dan kedai teh sambil selfie.


















Jalan agak sesak semasa perjalanan keluar dari ladang teh. Ada sesetengah jalan yang sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan menyebabkan polis trafik terpaksa membuka hanya satu laluan untuk satu masa.

Destinasi kedua  ialah Lavender Garden.