Day 3
Itinerary
7:30 pagiSarapan di Mc Donald di depan hotel
8:00 pagi
Melawat ke
- Serikin Border Market
- Makan tengahari di Bau
- Kedai Menjual Tikar Sarawak
- Semenggoh Wildlife Centre
- Ice Cream Gula Apong
Pasar Minggu Serikin
Serikin adalah sebuah perkampungan kecil di Bau. Pada hujung minggu para peniaga dari seluruh sempadan Sarawak dan kawasan berdekatan datang untuk menjual barangan dan produk mereka. Barang-barang yang dijual di sini termasuklah sarung tangan asli Indonesia, barangan rumah, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, barangan antik, tumbuhan hiasan liar, orkid eksotik, buah-buahan eksotik, pakaian, beg, makanan tempatan (kuih) dan cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Pasar Minggu Serikin yang terletak di Kampung Serikin Jagoi, Bau dibuka setiap hujung minggu. Merupakan destinasi hujung minggu yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei. Pasar ini dibuka pada petang Jumaat sehingga tengahari hari Ahad.
Boleh diakses melalui Jalan Bau-Serikin. Perjalanan dari bandar Bau mengambil masa sekitar 45 minit dan sejam dari bandar Kuching . Tidak ada bas awam ke sini. Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri, mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pengendali pelancongan atau menyewa teksi dari bandar Kuching.
Adalah lebih baik untuk datang awal pagi Sabtu semasa matahari belum terik dan kurang sibuk untuk memberikan keselesaan memilih barangan dan tawar menawar.
Pengunjung wanita pasti tidak akan ketinggalan membeli pakaian siap dijahit dan pelbagai jenis tekstil. Beg tangan juga turut dijual di sini. Pastikan anda menggunakan skil tawar menawar untuk mendapatkan barangan pada harga yang murah.
![]() |
Menikmati air tebu untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca yang panas terik |
Saya membeli buah salak, mainan untuk anak-anak, ikan tenggiri masin, ikan talang dan udang kering.
Selepas puas membeli belah, kami berhenti makan di sebuah restoran makanan Melayu di Bau.
Pemandu pelancong mencadangkan agar mencuba udang galah. Makanan kegemaran kami.
Udang galah yang telah dimasak dijual seekor RM15-18. Jauh lebih murah daripada kedai Mamak.
Masakannya memang sedap, menepati citarasa dan harga yang berpatutan. Amat disarankan untuk pengunjung ke sini.
Selepas makan, kami dibawa ke kedai menjual tikar Sarawak sementara menunggu waktu untuk melawat Semenggoh Wildlife Centre. Ini adalah kerana waktu makan haiwan di pusat itu adalah pada pukul 3:00 petang.
Semenggoh Wildlife Centre
Selama lebih dari 20 tahun, penjaga di sini melatih anak orang utan yang telah kehilangan ibu dan berjaya diselamatkan untuk bertahan hidup liar. Program ini telah berjaya menambah populasi orang utan di sini. Walaupun telah dipindahkan ke Pusat Hidupan Liar Matang, tetapi Semenggoh masih menjadi rumah bagi orang utan separuh liar dan bayi orang utan. Orang utan menghabiskan sebahagian besar masa di hutan dan kembali ke pusat pada waktu makan. Pada musim buah, orang utan tidak kembali ke pusat kerana mendapat bekalan makanan mencukupi di hutan. Ini memberi petanda baik ke arah pemulihan penuh hidupan liar.Masa terbaik untuk melawat adalah semasa sesi makan tengah hari dan petang apabila terdapat peluang yang baik untuk melihat orang utan separuh liar yang kembali ke Pusat untuk makan. Waktu makan berlangsung antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang.
Kami diberi taklimat tentang Pusat Hidupan Liar dan arahan yang perlu dipatuhi di sini.
Kemudian, memulakan jungle trekking sejauh 200 meter untuk sampai ke tempat memberi makan.
Website : https://www.sarawakforestry.com/parks-and-reserves/semenggoh-nature-reserve/
Selepas sesi memberi makan, kami bertolak balik ke bandar Kuching.
Ice Cream Gula Apong
Sebelum menamatkan lawatan, pemandu pelancong membawa kami menikmati Ice Cream Gula Apong. Lokasinya berdekatan hotel penginapan kami.
DP Ice Cream Gula Apong Padungan -KapitHotel
https://web.facebook.com/DP-Ice-Cream-Gula-Apong-Padungan-KapitHotel-454317911395655/
Selepas Google, saya jumpa cawangan di Kampung Baru. Nak bawa Mama pergi ...
DP Ice Cream Gula Apong
https://web.facebook.com/dpicecreamgulaapong/
Selepas puas menikmati keenakan Ice Cream Gula Apong, kami pun pulang ke hotel.
Aktiviti malam ini, berkemas untuk pulang ke KL.
Nantikan aktiviti Hari 4 dan juga contact serta tips-tips yang akan saya kongsikan.
No comments:
Post a Comment