Plan nak pergi Kuching saya dah buat sejak bulan March 2017. Sempena hari lahir Mama, biarlah Mama memilih destinasi. Kali ini kami memilih percutian 4 Hari 3 Malam ke Kuching.
Tiket penerbangan dibeli secara online semasa promosi sempena MATTA Fair March 2017.
Kali ini rombongan kami seramai 9 orang. Saya, Mama, Farhana, Luqman, Maksu, Kak Saleha ( sepupu) , Abang Fauzi ( suami Kak Saleha), Farhan ( anak Kak Saleha) dan Tok Ngah ( nenek saudara)
Saya sekeluarga dan Maksu menaiki Air Asia ke Kuching. Manakala keluarga Kak Saleha dan Tok Ngah menaiki MAS dari Penang ke Kuching. MAS tiada direct flight ke Kuching. So, transit di KLIA.
Dua minggu sebelum berangkat, Luqman dan Farhana sudah siap mengemas pakaian untuk dibawa.
Seawal 5:00 pagi, anak-anak bangun tidur dan bersiap. Selepas solat subuh, kami pun bertolak dari Ampang Jaya ke KLIA2. Saya memang suka sampai awal ke airport kerana tidak suka tergopoh gapah. Tambahan pula rombongan dengan warga emas dan kanak-kanak
Lebih kurang pukul 6:45 pagi,kami bertolak ke KLIA2 dengan menaiki GrabCar. Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Selepas sampai di KLIA2, saya terus ke kiosk check in untuk print tiket. Biasanya saya print awal tetapi sistem AirAsia mengalami masalah. Jadi saya check in online dan print tiket & luggage tag di kiosk check in di KLIA2.
![]() |
Farhana di KLIA2 |
Kami bersarapan di Marry Brown kerana harga berpatutan dan pilihan yang lebih banyak. Selepas makan, saya terus check-in luggage. Saya membawa 2 beg besar kerana semasa pulang, kami akan membawa balik cenderamata dari Kuching.
![]() |
Simple menu for us ...Nasi Lemak Marry Brown |
Apabila pintu pelepasan dibuka, kami terus menuju ke balai pelepasan J14. Tidak lama menunggu, kami diminta beratur untuk masuk ke dalam pesawat. Berseri-seri wajah Farhana dan Luqman.
![]() |
Menunggu balai pelepasan dibuka |
![]() |
Kena bawa beg sendiri |
Tepat pukul 11:40 pagi, pesawat pun berlepas ke Kuching. Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit. Saya telah memesan awal makanan melalui online kerana harga lebih murah dan mendapat minuman percuma.
Sesampainya kami di Lapangan Terbang Kuching, saya terus menghubungi Kak Saleha. Mereka yang menaiki penerbangan MAS telah tiba awal di Gate 5.
Kami menuju ke kaunter imigresen untuk cop passport dan mengambil slip ketibaan. Untuk memudahkan urusan, digalakkan membawa passport. Jika tiada passport, boleh menggunakan kad pengenalan untuk mendapatkan slip ketibaan bagi pengunjung dari Semenanjung Malaysia. Slip ini hendaklah disimpan dan diserahkan semasa balik.
Selesai urusan imigresen, saya mengambil luggage dan terus ke lobi utama untuk membeli kupon teksi. Kami menyewa 2 teksi menuju ke Grand Margherita Hotel.
Check in hotel dan berehat. Kami menginap di Grand Margherita Hotel yang terletak di Kuching Riverfront. Hari pertama, kami berehat dulu kerana hari kedua padat dengan aktiviti melawat ke sekitar bandar Kuching.
![]() |
Grand Margherita Hotel Photo from Agoda |
![]() |
Bilik kami Photo from Agoda |
![]() |
Bilik Kak Saleha Photo from Agoda |
![]() |
Photo from Agoda |
![]() |
Swimming Pool untuk anak-anak berendam Photo from Agoda |
![]() |
Pemandangan dari bilik hotel Photo from Agoda |
Saya keluar bersama Farhana ke Tun Jugah Mall untuk membeli makanan. Pada kunjungan sebelum ini, kami menikmati Nasi Ambeng dan Mee Kolok yang sangat sedap di sini. Saya membeli sebungkus mee kolok untuk mengalas perut sebelum pergi makan malam.
![]() |
Gambar ini takde la cantik sangat tapi ada sentimental value di hati saya. Farhana, you look great in candid photo. Lepas ni kena menabung nak beli DSLR |
![]() |
Antara menu yang terdapat di Food Court Tun Jugah. Murah & sedap ... |
Harga mee kolok sebungkus RM4.00. Luqman dan Farhana makan dengan berselera. Kemudian, saya membawa Kak Saleha, Maksu, Tok Ngah dan Farhan untuk merasa kenikmatan Mee Kolok.
Selepas solat Maghrib, kami terus ke Top Spot Food Court yang terletak di Tingkat 6, Bangunan UTC Kuching.
![]() |
Top Spot Food Court |
Nasib kami kurang baik malam ini kerana makanan yang disajikan kurang sedap. Saya memesan tomyam seafood, midin belacan, nasi putih dan len chee kang suam. Terima kasih, Abang Fauzi kerana belanja makan malam.
Malam itu kami tidur dengan nyenyak.
Keesokkannya, kami akan melawat ke sekitar bandar Kuching.
![]() |
Selamat Malam Kuching Photo from Agoda |
No comments:
Post a Comment