Tuesday, 7 November 2017

Day 2 - 4H3M Kuching, 27/10/17 - 30/10/17



Bergambar kenangan di Muzium Kucing


Day 2

Itinerary 

7:30 pagi
Berkumpul di lobi. Sarapan pagi berdekatan Kuching Waterfront

9:00 pagi
Melawat tempat menarik sekitar bandar Kuching
- Pasar Satok
- Muzium Kucing
- Fort Margherita
- Astana
- Kek Lapis Dayang Salhah
- Ikan Terubuk Masin
- Solat
- Lunch @ Nasi Beriani Bukhari Satok
- Taman Sahabat
- Kilang Lada Hitam


Bangun pagi dengan penuh semangat untuk menjelajah ke sekitar bandar Kuching.
Pukul 7:30 pagi, kami berkumpul di lobi hotel.
Misi kami untuk mencari sarapan pagi.

Kami menyusuri Kuching Riverfront sambil melihat bangunan bersejarah.
Ada yang sibuk mengabadikan gambar buat kenangan. Maklumlah, bukan mudah untuk kami sampai ke sini. Terpaksa merancang selama beberapa bulan dan menabung bagi merealisasikan impian untuk bercuti bersama keluarga.


Kami memilih untuk bersarapan di sebuah restoran Mamak yang terletak berdekatan bangunan Mahkamah Lama Kuching.

Selepas bersarapan, bermulalah pengembaraan kami.
Saya menyerahkan itinerary kepada pemandu cum tour guide kami iaitu Sam.
Destinasi pertama kami ialah Pasar Satok.

Tergambar kegembiraan di wajah

Pasar Satok





Apasal la cantik sangat. Tapi sayang tak dapat bawa balik ..


Anak dara bersama Mak Dara


Cermin mata ni beli kat Pasar Satok. Satu RM2. Nasib baik murah ..


Kena pow lagi dengan Luqman & Farhana. Luqman nak keretapi Thomas. Farhana pula beli purse.

Muzium Kucing

Kunjungan ke Kuching tidak sah kalau tidak mengunjungi Muzium Kucing yang mempamerkan pelbagai replika kucing. Kanak-kanak mesti gembira meluangkan masa di sini. Masuk adalah percuma, cuma dikenakan bayaran untuk kamera. Sticker yang diberikan hendaklah dilekatkan di device.

Gambar kabur kerana bateri hand phone dah habis. Gigih juga ambil gambar untuk info.
Nak tahu apa ada di sini, biar gambar berbicara.

My cat family. Nenek kucing bersama cucu. Ada kucing bam bam dan ada kucing kecik ...











Rock & Roll Cat





Jaga jaga ... Takut tercucuk misai kucing ...




Masing-masing punya la happy sebab kami pencinta kucing ...Meow ...

Website : http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-kucing


Bangunan DUN

Berhenti mengambil gambar 

Kek Lapis Dayang Salhah & Ikan Terubuk Masin 


Kek Lapis Dayang Salhah ni kira antara yang mula-mula buat kek lapis Sarawak secara komersial. Tapi sekarang dah ada banyak kedai kek lapis.

Dulu lebih meriah sebab ada ruang tamu untuk mengunjung merasa keenakan kek lapis sebelum membeli,

 Ada bermacam-macam jenis kek lapis di sini. Kalau datang sini, saya lebih suka membeli kek lapis premium yang agak mahal kerana keenakan dan kualiti.

Favourite saya, Hati Pari, Lapis India & Red Velvet.


Website    : http://www.dayangsalhahkeklapis.com/

Facebook : Dayang Salhah Food Industries Sdn. Bhd Official
                   https://web.facebook.com/dayangsalhahkeklapis.com.my/?_rdc=1&_rdr

Kat luar kedai, terdapat gerai menjual Ikan Terubuk Masin Sarawak.
Ikan fresh dan murah. Terus kami borong untuk dibawa pulang.




Harga ikan serendah 3 ekor RM10. Harga berbeza mengikut saiz dan jenis ikan.
Menurut pemandu pelancong kami, ikan yang murah diimport dari Thailand. Sementara yang lebih mahal adalah ikan tempatan. Tips yang diberikan, ikan import ekornya susah untuk dipatahkan kerana telah mengalami proses sejuk beku. Hanya ikan saja diimport tetapi pemprosesannya dibuat di sini.
Kita boleh melihat sendiri ikan dibelah dan diproses.

Kemudian, ikan yang dibeli akan dibungkus di dalam kotak untuk dibawa pulang menaiki pesawat.

Selepas memborong ikan, kami solat Zohor di surau yang terletak di bangunan hijau bersebelahan gerai ikan terubuk.

Lokasi sebenar kedai ini ialah di seberang sungai berdekatan Kuching Riverfront.
Boleh menaiki sampan dengan tambang RM1 sehala.


Nasi Beriani Buhari Satok

Perut sudah mula berkeroncong, kami menjamu selera di Restoran Nasi Beriani Satok.


Terlupa nak ambil gambar nasi sebab sedap sangat.
Nasi Beriani Kambing RM17, Nasi Beriani Ayam RM9.50.
Portion besar. Bleh share 2 orang.
Lokasi berdekatan perhentian bas Satok.

Facebook :
Nasi Briyani Buhari Cafe, Satok.
https://web.facebook.com/pages/Nasi-Briyani-Buhari-Cafe-Satok/219936561358905?hc_ref=ARSsbcmfD_ErSQu_FGd1q8yY-xlGdxsk3LusfmS6NmcUTnH1ARCfnL1kLRuCRdoKUG8


Taman Sahabat

Sebagai tanda persahabatan antara China dan Malaysia.
Di dalam tterdapat taman, tugu, restoran.
Landskap yang menarik dengan keunikan senibina China.

Boleh dimasukkan dalam wish list jika melawat ke Kuching.

Saya tidak dapat mengambil banyak gambar kerana risaukan keselamatan Luqman.
Di sini terdapat kolam dan restoran terapung.






Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk di link ini :
http://www.sarawakiana.net/2016/08/taman-sahabat-keunikan-hasil-hubungan.html

Kilang Lada Hitam

Dalam perjalanan pulang ke hotel, pemandu van membawa kami singgah di kilang lada hitam.
Sarawak memang terkenal dengan hasil lada hitam yang berkualiti.
Di sini ada dijual produk hasil lada hitam seperti serbuk lada hitam, sos, gula-gula, keropok dan makanan ringan. Turut dijual adalah herba cina, minuman sarang burung, kuih tradisional, pakaian dan cenderamata.

Luqman dan Farhana bersama pemandu pelancong 

Lebih kurang pukul 5:00 petang, tamatlah lawatan dan kami dihantar pulang ke hotel.

Saya pulang ke bilik untuk menunaikan solat Asar sebelum keluar semula bersiar-siar menyusuri Kuching Waterfront sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Saya keluar membeli makanan kerana semua kepenatan dan lebih selesa untuk makan di dalam bilik saja.

Di bandar Kuching, kedai ditutup awal. Saya berjalan sehingga ke India Street dan terjumpa Night Market. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu. Pelbagai jenis makanan tradisional Sarawak dijual di sini. Saya membeli Laksa Sarawak, mee goreng, Teochew Oyster Omelette, Manok Pansuh dan sate.





Mari kita nikmati keindahan Kuching Riverfront pada waku malam. Semasa berjalan berseorangan, terasa pula seperti zaman muda-muda dulu. Solo backpacker. Sepi itu indah.








Sampai di hotel, saya menghantar makanan kepada Kak Saleha dan Maksu.
Saya menjemput semua untuk menikmati pelbagai makanan di bilik saya.
Makanan sedap dan menepati citarasa di samping harga yang berpatutan.

Malam itu kami tidur dengan nyenyak.

Kita akan meneruskan pengembaraan pada keesokan hari ke destinasi di luar bandar Kuching.
Untuk mengetahui desinasi seterusnya, teruslah mengikuti blog ini.


No comments:

Post a Comment