Bangun pagi, solat dan bersiap-siap untuk pulang.
Oleh kerana penerbangan kami pada pukul 3:15 petang, saya mengambil peluang untuk membawa anak-anak berenang dan membeli cenderamata di Main Bazaar.
Saya keluar untuk membeli makanan. Terjumpa Kak Saleha yang ingin ke seberang sungai membeli Kek Lapis Sarawak Mira. Saya mengambil kesempatan untuk menaiki perahu tambang. Tambang RM1 seorang/hala.
Kak Saleha membeli kek lapis yang dipesan jiran sekampung. Selepas itu saya membeli nasi lemak untuk dimakan di hotel. Selepas makan, kami turun berenang. Sambil berenang, saya dapat menikmati keindahan sungai kerana kolam renang terletak di tepi sungai.
Selepas puas berenang, kami naik ke bilik untuk bersiap. Saya mendapatkan GrabCar untuk Kak Saleha ke airport. Kak Saleha bertolak awal ke Penang menaiki penerbangan MAS dengan transit di KLIA.
Saya dan Farhana keluar ke Main Bazaar untuk membeli sedikit cenderamata. Saya membeli key chain, kuih cincin, T-shirt dan pes laksa Sarawak.
![]() |
Farhana di Kuching Riverfront |
![]() |
Mural @ Kuching Riverfront |
![]() |
Berlatar belakang Tua Pek Kong Temple |
![]() |
Mural di belakang Grand Margherita Hotel |
Saya membeli Mee Jawa Rabak Special yang dimakan bersama satay. Must try kalau pergi Kuching.
Saya memberitahu receptionist untuk check out lambat sedikit iaitu pada pukul 12:30 tengahari.
Selepas berkemas kali terakhir, kami pun check out. Kami menaiki GrabCar ke Lapangan Terbang Kuching.
Saya terus print boarding pass dan luggage tag di kiosk AirAsia. Kemudian, check in luggage dan melalui proses imigresen. Kemudian, kami makan di Food Court di dalam balai pelepasan sebelum menaiki pesawat.
Penerbangan kami lewat 30 minit daripada jadual asal. Pada pukul 3:45 petang, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Setelah selesai urusan penebusan bagasi, kami pun menaiki GrabCar untuk pulang ke rumah.
Selamat tinggal, Kuching. Percutian ini meninggalkan kenangan indah kepada kami kerana dapat bercuti beramai-ramai bersama keluarga. Semoga kami dapat melancong bersama ke tempat lain pada masa hadapan.
Arrangement dan bajet :
Tiket penerbangan pergi balik KL-Kuching : RM950.00- Tiket untuk 5 orang (RM650),seorang RM130
- Makanan dan minuman ditempah online
- Luggage, pergi 15 kg, balik 2 x 20 kg
Booking online MATTA Fair March 2017
Hotel : RM1000.00
3 malam x 3 bilik @ Grand Margherita Hotel without breakfast
Untuk semalam anggaran dalam RM120/room
Booking melalui Agoda.
Transportation
GrabCar return house - KLIA2 : RM150
Teksi Kuching Airport - hotel : RM30
GrabCar hotel - airport : RM11
Van lawatan sekitar bandar Kuching : RM320
Saya booking melalui travel agent. Boleh dapat lebih murah jika direct contact.
Van ke Serikin & Semenggoh : RM280
Jadi setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RM280 merangkumi:
- Return aiport
- Penginapan 3 malam di Grand Margherita
- 2 hari lawatan di sekitar bandar Kuching, Serikin dan Semenggoh
Tips
- Kubah Ria (Pasar Satok) dibuka pada hujung minggu- Weekend Border Market juga dibuka pada hujung minggu
- Waktu makan Orang Utan di Semenggoh Wildlife ialah pada pukul 9.00-10.00 pagi dan3.00-3.30 petang. Elakkan melawat pada musim buah.
Must try
Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa, Midin, Manok Pansuh, Ice Cream Gula ApongMust Buy @ Souvenir
Kek Lapis Sarawak, Terubuk Masin, Pes Laksa Sarawak, Mee Kolok, Key Chain, Beg Anyaman, barangan hasil hutan, T-shirt, Kain Pua dan banyak lagiSemoga perkongsian ini memberi manfaat untuk merancang percutian ...