Sunday, 16 July 2023

DAY 2 : 2 Hari 1 Malam Hatyai-Songkhla - 7 - 8 July 2023


DimSum Chabura



DAY 3 : 08/07/2023 ( Sabtu)
Bangun pagi, mandi, siap barang semua.
7:00 pagi - Naik Tuk Tuk di depan hotel ke Chabura Dim Sum. 
Nego tambang dapat 100 Baht. Bayar je sebab nak cepat.
Kalau nak breakfast kat sini, make sure sampai awal. Kalau lambat kena beratur ambil no giliran ye. 
Kembang kempis lubang hidung Luqman sebab sampai awal dan tak perlu berebut-rebut pilih Dim Sum.
Harga Dim Sum 15 Baht dan 20 Baht 1 bekas.
Rambang mata kat sini. Colourful dan macam macam ada. 
 
Aku pesan kat anak-anak, ambil setakat nak makan dan serba sedikit untuk elakkan pembaziran.
 
CARA NAK ORDER :
- Masuk restaurant, staff akan greet, bagi meja dan Number Stand dan Tray. 
- Order minuman.
- Bawa tray, pilih Dim Sum dan bagi pada staff untuk Steam.
- Bila dah siap Steam, staff hantar ke meja ikut no meja.
- Makan la sepuasnya.
- Dah habis makan, gi cashier, mention no meja dan bayar.
 











Makanan kat sini memang sedap yakmat. Harga pun berpatutan. 
Best giler. Aku selalu makan Dim Sum kat hotel pun tak sesedap ni ...
Tak boleh move on dan masih terbayang-bayang kesedapannya ...
 
Keluar restoran, driver tanya nak pergi mana.
Aku cakap nak gi Songkhla tapi nak trip dalam 4 jam saja.
Tawar menawar dapat 1,200 Baht. Naik kereta.
 
Aku setuju sebab kesuntukan masa dan aku memang nak bawa anak-anak gi Songhkla. 
Luqman dan Farhana gi Hadyai dan Songkhla masa dorang baby. 
 
TEMPAT YANG DILAWATI :
- Chang Puak Camp
- Songkhla Old Town
- Samila Beach
- Golden Mermaid
- Cat & Rat Statue
- Tang Kuan Hill




 
CHANG PUAK CAMP
Chang Puak Camp ini khusus untuk kem gajah.
Antara aktiviti yang disediakan di sini , melihat dan memberi makan gajah, bergambar bersama gajah, pertunjukan gajah dan menaiki gajah.
 
Selain daripada itu, turut terdapat aktiviti lain seperti pertunjukan buaya, monyet, burung , ATV , BB Gun dan lain-lain.
 
Di sini juga disediakan port bergambar yang menarik.













 
Masuk adalah percuma tetapi pengunjung dikenakan bayaran untuk aktiviti bersama gajah.
Untuk bayaran aktiviti , boleh tengok kat gambar ye ...
 
Jika ingin memberi makan gajah, boleh membeli pisang 100 Baht sebakul.
Bayaran untuk bergambar dengan gajah ialah 100 Baht / orang untuk 3 pose.
Pose bersama gajah duduk, peluk gajah dan diangkat dengan belalai gajah. 
Boleh mengambil gambar sendiri dan gambar turut dijual di pintu keluar dengan bayaran 200 Baht sekeping termasuk frame.
Gajah di sini comel , sangat jinak, manja dan cerdik.
 
Aku membeli sebakul pisang dan membayar 200 Baht untuk Luqman dan Farhana bergambar bersama gajah.





 



Di pintu keluar, kami membeli 2 keping gambar bersama frame. 
Luqman tak puas bermain dengan gajah dan tak dapat naik gajah kerana kesuntukan masa.
Aku advise korang pergi pagi sebab kurang orang.
Kalau lambat, penuh bas membawa pelancong.
 
Ni website link CHANG PUAK CAMP














 
























SONGKHLA OLD TOWN
Pekan lama dengan spot bergambar menarik dipenuhi deretan cafe hipster, rumah traditional, lukisan mural, kuil dan kedai.
Pekan ini terletak berdekatan laut.
 




Subaidah Seafood Restaurant yang mengadap laut




SAMILA BEACH
Samila Beach  terkenal dengan Patung Ikan Duyung (Golden Mermaid) yang terletak di hujung pantai berdekatan bulatan yang terdapat papan tanda Samila Beach dan Songkhla City. 
Dipenuhi  restoran, kedai dan di hujung pantai terdapat astaka konkrit yang besar dan BP Samila Beach Hotel.
 
Di sini juga terdapat beberapa Restoran Seafood Halal dan Cafe.
Aku suka makan di Subaidah Restaurant sebab ada gazebo mengadap laut.
 






Selain Golden Mermaid, Cat and Rat Statue juga menarik ramai pengunjung untuk bergambar di sini.
Statue ini terletak di berdekatan deretan Restoran Seafood di tepi Samila Beach.
 
Kalau nak berkelah, boleh sewa tikar. 
Anak-anak boleh menaiki kuda. 
 




























Luqman dan Farhana bergambar dengan kuda.
Bayaran untuk bergambar 50 Baht/orang dan menaiki kuda 150 Baht / orang untuk 1 pusingan.
 








TANG KUAN HILL
Tang Kuan Hill terletak berdekatan Kedutaan Malaysia di Thailand dan Pantai Samila.
 
Menyajikan pemandangan indah bandar Songkhla dan laut terbentang luas.
 
Bayaran dikenakan untuk menaiki Lift @ Cable Car.










 














Di atas bukit ini terletak kuil, spot bergambar sambil menikmati pemandangan.
Di bawah terdapat Monkey Park tapi aku tak pasti masih wujud atau telah ditutup.
Berdekatan tangga di pintu masuk terdapat peniaga yang menjual Ais Krim Kelapa.
Murah dan sedap. MUST TRY. 
 
Tang Kuan Hill merupakan destinasi terakhir kami.
Kami kesuntukan masa dan terpaksa bergegas pulang ke Hotel untuk check out dan menaiki Van yang akan menjemput kami di hotel pada pukul 12:00 tengahari.
 
Pukul 12 :00 tengahari, kami sampai di hotel. 
Berlari ke reception cakap nak check out.
 
Naik ke bilik, ambil beg, check out dan terus naik VIP Van nak gi Padang Besar.
Tak sempat la aku nak beli souvenir.
 
Trafik lancar dan que tak panjang di kedua Imigresen. Alhamdullillah.
Sampai di Stesen Keretapi, terus ke kaunter untuk ambil tiket Farhana yang dibeli secara online melalui apps.
 
Print tiket untuk mudah proses scan. 
Leceh pula nak scan QR Code kalau bawa anak-anak.
 
Kami lunch di Cafe sementara tunggu keretapi. 
 
Apabila keretapi sampai, staff akan panggil untuk masuk ke platform. 
 
Pukul 4:45 petang, keretapi bertolak dari Padang Besar ke KL Sentral.
 
Disebabkan beli tiket lambat, kami dapat Gerabak terakhir iaitu Koc F. 
Nasib baik ada tiket Forward. Tak larat nak gostan sampai KL Sentral.
Risau pulak sampai KL, kami jalan undur belakang.

ETS dari Padang Besar ke KL Sentral








 
Aku bagi duit kat Luqman dan Farhana untuk beli minuman dan makanan di Cafe.
Cafe kat Koc C. Farhana gi snap gambar menu.
 
Aku cuba Nasi Beriani Rendang Tok.  Sedap. Tapi portion kecil macam dalam flight.
Aku beli lagi 3 bungkus untuk dinner di rumah dan untuk Mama.
Farhana makan terus Nasi Beriani dia.
 
kurang pukul 10:20 malam, kami sampai di KL Sentral.
Pergi toilet dan terus ambil Grab ke rumah.
 
Alhamdullillah selamat sampai rumah.
Kemas barang, asingkan baju kotor dan berbagi souvenir.
 
Berakhirlah percutian singkat last minute plan kami.
Walau pun singkat, memberi kenangan indah dan pengalaman baru buat kedua anak kesayanganku.
 
Selain melawat tempat menarik dan cantik, mereka turut belajar sedikit sebanyak keunikan dan perbezaan budaya. 
 
 
Burger Viral dijual di 7e 



 Post sebelumnya, Day 1 di sini
 Untuk tips pelancongan di Hadyai, rujuk di post seterusnya, klik TIPS HATYAI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 














No comments:

Post a Comment