Assalamualaikum
Good day everyone
Dah lama tak menulis catatan perjalanan
dan review percutian kerana terlalu sibuk dengan tuntutan kerja dan menguruskan
keluarga.
Memori laptop dan hand phone murah
aku dah penuh dengan gambar percutian sejak tahun lepas yang belum review.
Aku dapat sikit duit poket dari review, jualan pakej percutian, tempahan hotel, pengangkutan dan Affiliate.Alhamdullillah
Berakhirlah sudah percutian singkat 2
Hari 1 Malam ke Hatyai dan Songkhla.
Last minute plan untuk mengisi slot
percutian yang telah dibatalkan.
Catatan ni panjang.
Pembaca setia je sanggup baca celoteh
Kisah Backpacking Keluarga Kecil aku sampai habis.
Plan asal ke Hatyai pada 14 July 2023 dengan Pakej terpaksa dibatalkan.
Ini memang perkara biasa bila tak ambil deposit dulu.
Sebab tu aku lebih suka bercuti bersama
keluarga dan Travel Buddy aku saja.
Mereka lebih faham cara aku plan
percutian dan deposit yang perlu dibayar untuk aku booking pakej, transport dan
hotel.
Untuk mengubat kekecewaan anak-anak,
aku terus plan percutian singkat ke Hatyai
Disebabkan kesuntukan masa, terpaksalah
sediakan Plan B, C, D and so on.
Mula-mula plan bercuti 3 Hari 2 Malam
tapi terpaksa ubah plan sebab tiket ETS dari KL Sentral ke Padang
Besar dah habis.
Kemudian teruskan perjalanan dari
Butterworth ke Padang Besar dengan menaiki Komuter.
Ticket boleh dibeli pada hari
sama.
Pendekkan percutian jadi 2 Hari 1
Malam kerana tiket balik pada hari Ahad dah habis.
Terpaksa balik hari Sabtu dengan ETS
sebab Luqman request by hook or by crook nak naik tren jugak.
Kelebihan menaiki KTMB :
- Selesa
- Selamat
- Masa perjalanan singkat
- Kemudahan dalam tren seperti cafe,
tandas, surau, plug pengecas.
Sesuai untuk perjalanan bersama seisi
keluarga,warga emas dan kanak-kanak kecil.
Tiket konsesi (diskaun) untuk
Kanak-kanak, Warga Emas dan OKU.
Untuk semak Jadual Perjalanan dan Tempahan Tiket , tekan link :
Balik kerja, singgah area Masjid India
untuk menukar Thailand Bath (THB) dan beli lagi 1 bag pack besar untuk
percutian ini dan akan datang.
Percutian akan datang ? Dah bagi hint tu. Yes. 2 minggu lagi kami akan ke Terengganu dan Pulau Kapas. InsyaAllah.
Di Masjid India banyak Money Changer.
Boleh buat perbandingan sebelum menukar
wang.
Rate : 100Bht = RM13.38 ( as at
06/07/2023)
Teruk betul MYR jatuh.
Masa mula aku lepak Hadyai RM9.98
dapat 100Bht.
Dok kat Hadyai, hari-hari aku gi
massage kat spa dalam hotel macam orang kaya kengkonon. Haa...haa ...haa...
1 jam RM20 Thai Massage.
Ambik 2 jam dapat diskaun.
Oil massage dalam RM25 atau RM30 macam
tu je ...
Pi Hadyai, aku bertapa dalam Spa je ...
Urut untuk lelaki macam-macam
la ada ... Haaa...haaa...haaa...
Lu pikir la sendiri ye ...
Tu citer zaman dahulu ....
Balik rumah, tengok checklist.
Pastikan semua barang dah masuk dalam
beg.
Nak pergi obersi (kengkonon), make
sure bawa passport.
Tempoh tamat sekurang-kurangnya 6
bulan.
Untuk kaki travel macam aku ni, Travel
Adaptor tu salah satu barang wajib sebab plug negara lain ada yang tak sama
dengan negara kita ...
Sebelum pi bercuti, cuba google tengok
dulu ..
Kalau lupa bawa, boleh turun gi kaunter
reception dan minta pinjam atau beli.
Tu pun nasib baik kalau ada.
Kalau tak ada, 'pishang' la korang nak
turun pi beli ...
Hotel baru selalu ada USB Port.
Senang nak charge hand phone.
Dah ready semua, bermulalah Rombongan
Cik Ziana ke Hadyai
DAY 1 : 06/07.2023 (Khamis)
Book ticket bas pukul 11:30 malam, tapi
syarikat bas yang satu ni memang selalu lambat.
Join 2 trip dalam 1 bas.
Aku selalu beli seat depan
sekali,
Bas datang, terus aku naik sebab tahu
mesti ada booking double seat.
Walaupun lambat aku suka seat bas ni
sebab luas legroom dan selesa.
Aku suka bertolak malam sebab sejuk dan
trafik lancar.
Cepat sampai.
Bas bertolak pukul 12:15 tengah malam,
pukul 4:15 pagi sampai Sungai Nibong, Penang,
Bas berhenti sekali di R&R dan
turunkan penumpang di Penang Sentral.
Boleh tahan laju bas ni. Sampai awal.
Jalan kaki pergi rumah Maksu.
Tidur sekejap sebab jap lagi nak pergi
sarapan di Astaka Taman Tun Sardon sebelum berangkat ke Hatyai.
DAY 2 : 07/07.2023 (Sabtu)
7:30 pagi : Naik Grab dari Sg Nibong ke
Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor = RM8.00
Aku order Serabai.
1 biji RM1.00. Aku beli 1 set (RM5 - 5
biji)
Anak-anak makan Nasi Lemak. Lauk Ayam,
Ikan, Telur.
Ada macam-macam makanan jual kat sini.
Gerai yang aku nampak menjual Nasi Lemak, Nasi Tomato, Nasi Lemuni, Nasi Campur, Roti Canai, Mi / Bihun / Koay Teow Sup, Char Keowtiaw, Mee Goreng Mamak, Bubur , aneka jenis Kuih-Muih, Kek, Sandwich dan minuman.
Lepas makan , aku check rate Grab berpatutan, terus book Grab dari Taman Tun Sardon ke Stesen Keretapi Butterworth.
![]() |
Stesen Keretapi Butterworth |
![]() |
Luqman & Farhana teruja menunggu ketibaan Komuter Utara |
Sampai saja Stesen, aku terus ke
kaunter untuk membeli tiket Komuter ke Padang Besar.
Tren bertolak pukul 10:35 pagi, sampai
Padang Besar pukul 12:26 tengah hari
Harga tiket : RM11.40 (Dewasa), RM5.70
(Kanak-kanak / Warga Emas / OKU)
Terpaksa bersidai 1 1/2 jam di stesen
keretapi.
Nasib baik ruang menunggu ada
air-cond.
Kalau tak berpeluh ketiak jugak. Penang
hangat Cik Kak . Bahang laut.
Stesen penuh orang sebab kebetulan Cuti
Umum di Penang.
Dengar je announcement, kami terus
bergegas turun.
Kena cepat kalau nak duduk.
Orang berebut macam Pendekar
Bujang Lapuk nak naik sampan.
Dari Butterworth dah penuh seat.
Keadaan dalam tren sama macam Komuter kat KL.
Sepanjang perjalanan disajikan
pemandangan indah dengan hamparan sawah padi, bukit bakau, gunung ganang,
tasik, sungai dan kawasan kampung yang sangat indah.
Masya Allah cantiknya keindahan alam
ciptaan Allah.
Aku dok tepi tingkap menikmati
pemandangan indah sambil menyanyi antara bait lirik :
Lihatlah keindahan awan mencelah langit
biru
Lihatlah keindahan kampung halaman
gunung ganang
Lagu Riwayat Petani nyanyian Ogy
popular awal tahun 80an dulu.
Nampak sangat aku ni dah Remaja Purba
...
Syok tau tengok pemandangan sambil
menyanyi ala ala buat Video Clip.
Ferasan tak habis ...
![]() |
Dah sampai Padang Besar |
![]() |
Gate untuk touch tiket KTMB |
![]() |
![]() |
Keadaan di Stesen Keretapi Padang Besar. Di sini terdapat Cafe, kaunter menjual Sim Card, VIP Van, agen Pelancongan |
![]() |
Skrin memaparkan waktu ketibaan dan pelepasan tren |
![]() |
Luar Stesen Keretapi, di tempat mengambil VIP Van untuk ke Hatyai |
Sampai saja di Padang Besar, kami turun
tren dan naik ke Tingkat Atas.
Terus ke Kaunter untuk membeli tiket
Van VIP ke Hadyai.
Harga tiket RM30/orang.
Van akan bawa ke Imigresen Malaysia dan
Imigresen Thailand untuk urusan cop passport dan terus menghantar ke hotel (
dalam kawasan Hatyai).
Perjalanan dari Padang Besar ke Hadyai
mengambil masa 1 1/2 jam bergantung kepada keadaan di Pejabat
Imigresen dan trafik.
![]() |
Kerabu Mangga. Ayam Goreng dah selesai 3 ketul |
![]() |
Seafood Tomyam |
![]() |
Thailand Tea & Cocoa. Sedap yakmat |
![]() |
Kai Tod Decha |
Aku beritahu nak turun di Kai Tod
Decha.
Dah kebuluran anak-anak.
Menu paling famous di restoran ni
ialah Ayam Goreng.
Restoran ini turut menyajikan masakan
Thailand seperti Tomyam, Seafood, makanan goreng, dessert dan minuman.
Menu favourite aku kalau kat Thai,
Kengsom Ikan Siakap dengan Rebung.
Tapi aku tak order sebab anak-anak nak
makan Tom Yam.
Sampai saja kat restoran, kena
register dan ambil no giliran.
No giliran dan nama akan dipanggil bila
staff siap kemas meja.
Dia panggil pakai mikrofon macam kat
klinik.
Tergelak anak aku. Sementara menunggu,
aku belek-belek menu tengok apa nak order.
Penuh orang Malaysia kat sini sebab
Viral dan jadi MUST VISIT.
Sebenarnya, ada banyak Kedai lain jual
Ayam Goreng tapi orang tak tahu.
Biasanya pelancong Malaysia lebih berkiblatkan
Viral sebab Malaysian belum betul-betul terdedah budaya Western Backpacker.
Pergerakan aku agak terhad kalau bawa
anak-anak dan orang tua.
Tak boleh adventure sangat.
Ikut cara mudah dan terpaksa keluar belanja banyak sikit sebab kena book transportation dan tak boleh naik public transport.
Aku order Ayam Goreng, Seafood Tomyam,
Kerabu Mangga , Nasi Putih, Sambal Belacan, Timun, Teh Ais dan Cocoa.
Total bil lebih kurang RM50+
Teh Ais dan Cocoa mantap.
Pekat dan secukup rasa.
Patut la berbaris panjang,
Ayam Goreng sedap tak boleh bawa
bincang.
HIGHLY RECOMMENDED.
Berbaloi aku beratur. Aku bagi 5
bintang
Lepas makan, aku naik Tuk Tuk ke hotel.
Nego 60 Baht untuk 3 orang.
Pemandu Tuk Tuk offer jika nak pergi ke
tempat-tempat lain selepas kami Check In.
![]() |
Sukanya dapat naik Tuk Tuk |
![]() |
Untuk hari ini, aku nak pergi:
Masjid Songkhla
Seaverse Cafe
Klong Hae Market
Tambang untuk 3 orang naik 1 Tuk Tuk =
800Baht
Pemandu Tuk Tuk, Asid scan
Whatapps QR Code aku untuk mudah komunikasi.
Aku check in Hotel, tukar baju, charge
handphone dan keluar.
Nak turun hotel, aku Whatapps Asid.
Pick up kat hotel.
Lokasi pertama ke Songkhla Central
Mosque.
Masjid ni digelar Taj Mahal Thailand
kerana reka bentuk dan kolam air yang terletak di hadapan Masjid yang lebih
kurang Taj Mahal.
Salah satu Port Selfie superb jika
pandai mengambil gambar dari angle yang menarik.
Asid berhenti di 2 lokasi Spot menarik
bergambar di Masjid ini iaitu di depan Masjid dan depan kolam.
Asid offer nak ambil gambar kami
bertiga. As usual aku akan shoot gambar anak-anak kesayangan aku.
Aku kan photographer tak berbayar buah
hati aku.
Every moment we spent together are
memories for life.
Sebab tu memory handphone dan laptop
aku penuh dengan gambar my family.
![]() |
Bayaran Masuk ke Seaverse Cafe |
Lokasi kedua, Cafe yang baru
dibuka tahun lepas yang terletak tidak jauh dari Masjid Songkhla.
Seaverse Cafe and Restaurant.
Masuk saja ke sini, kena beli tiket
masuk 30 Baht seorang.
Bayar tiket di kaunter masuk berbentuk
perahu. Estetik.
![]() |
Kaunter Tiket |
Simple dan menarik hiasan dengan
lampu.
Cuba tanya boleh tak redeem air dengan
tiket sebab ada Youtuber cakap boleh redeem minuman.
Aku lupa nak redeem sebab dah beli
Passion Fruit Juice dan Greentea Ice Cream.
![]() |
Pure Passion Fruit+Mango Juice |
Kemudian masuk ke Cafe terapung dan
kawasan untuk bergambar.
Bergambarlah korang sampai habis
Kodak ye. Cuma berhati-hati takut jatuh ke dalam tasik. Sia-sia pulak jadi
Si Ikan Kaloi.
Port selfie dan healing terbaik sambil
makan dan minum di restoran terapung.
Luqman dah pasang angan-angan nak
sambut birthday party dia kat sini tahun ni .
Kelas ko budak tetot .
![]() |
Manja Kakak dia |
Kat sini memang banyak sangat spot
menarik bergambar dan di hujung terdapat menara untuk bergambar dan melihat
pemandangan indah.
Memang berbaloi datang sini.
Aku suka pergi waktu petang dan senja.
Kurang panas dan view superb.
Korang tak payah bersusah payah setting
lighting.
Make your photoshoot session easier.
![]() |
Tandas di Seaverse Cafe |
![]() |
Hiasan di tandas |
![]() |
Tandas |
Restoran ni masih belum siap
sepenuhnya.
Dalam proses untuk membina chalet dan
kemudahan lain.
![]() |
Dah habis Kodak, kami pergi ke
destinasi terakhir iaitu Klong Hae Floating Market.
Ni kali kedua aku berkunjung ke sini
sebelum PKP dulu.
Masuk saja ke sini, terdapat deretan
gerai menjual makanan, pakaian dan cenderamata.
Turun ke bawah, terdapat deretan
penjual makanan di atas sampan.
Pengalaman unik untuk anakanda berdua
yang dapat melihat keunikan budaya Thai di sini.
Kebanyakan makanan di sini adalah Halal
dan dijual oleh peniaga Muslim.
Barang wajib beli di sini ialah minuman
dalam tembikar berbentuk kartun kegemaran anak-anak.
Ada mug Doraemon, Hello Kitty, Ultraman
dan macam-macam ada.
30 Baht 1 Mug.
Boleh pilih Mug dan air apa korang nak.
Diselit sekuntum bunga seroja di straw.
Cantik dan wangi.
Last time aku beli 3 ekor cartoon mug
tu untuk anakanda terchenta dan anak buah.
Kembung perut menghabiskan air.
Antara makanan yang dijual di sini, Dim
Sum, Sushi, Thai Noodle, Potato, Som Tam, pelbagai Kerabu, Lok Ching, Tom Yam,
Otak Otak, Pulut Mangga, Pulut Ayam. Ayam Goreng, Ayam Bakar, Bubur, Pancake,
Kuih Muih, Air macam-macam ada.
Meja disediakan untuk makan.
Lepas makan, buang semua sisa makanan
dan plastik ke dalam tong sampah yang disediakan.
Terlalu banyak makanan sampai tak tahu
nak beli apa.
Aku beli serba sedikit untuk makan di
sini dan bawa balik hotel.
2 mug minuman, lok ching dan
otak-otak, jus passion fruit, ayam bakar.
Naik atas beli key chain Tuk Tuk dan
fridge magnet sebagai souvenir.
100 Baht, 1 set ada 5 pieces.
Farhana beli gelang tangan 30
Baht.
Aku spend lebih kurang 1 1/2 jam di
sini sebab anak-anak keletihan dan nak balik hotel.
Dah puas bergambar, makan dan
shopping, aku terus ke Tuk Tuk untuk balik hotel.
Balik hotel, hantar barang , rehat
sekejap.
Pastu kami keluar ke Lee Garden Night
Market.
Jalan kaki 5 minit dari hotel.
Selalu aku stay di hotel depan Lee
Garden, tapi dah last minute, tak banyak bilik dan harga mahal.
Aku book Asian Hotel Hatyai. Untuk
tidur semalam saja.
Antara hotel yang aku pernah stay kat
sini :
VL Hotel - 5 minit berjalan ke Lee
Garden Plaza
Regency Hotel - hotel favourite sebab
depan Lee Garden. Aku request room mengadap Lee Garden, Lepak kat sofa sambil
tengok kemeriahan waktu malam di area Lee Garden Hotel. Kena booking awal kalau
nak rate murah.
New Season Hotel - dekat jugak
dengan Lee Garden. Kat sebelah dan depan hotel ada restoran halal.
Diamond Plaza Hotel – depan Asian
Hotel. Hotel ok
Ada lagi hotel lain yang aku pernah
stay dekat area Lee Garden tapi atas faktor penuaan, aku dah lupa.
Kalau nak suruh aku recommend, ada
banyak hotel sederhana dan budget.
Ikutlah berapa budget korang.
Luqman dan Farhana yang malas nak
keluar gi Pasar Malam, jadi teruja bila sampai sini.
Macam-macam ada dijual di sini. Dari
pakaian hingga makanan, aksesori, titbit dan pelbagai barang.
Harga pun berpatutan.
MUST TRY OR MUST BUY LIST :
MAKANAN- Tom Yam, Noodle, Seafood
(Udang , Ketam Goreng) , Ayam Bakar, Ayam Goreng, Kebab, Sotong Kering Gelek,
Banana Pancake, Dim Sum, Nasi Beriani, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Pulut
Durian. Nasi Lemak dan Roti Canai pun ada tapi aku tak beli sebab nak cuba
makanan Thailand.
MINUMAN dan DESSERT - Ais Krim Kelapa,
Ais Kacang, Lai Chee Kang, Teh Tarik Thai, Air Kelapa, buah-buahan potong etc
TITBITS @ MAKANAN RINGAN - Aneka
perisa gajus @ Cashewnut, badam dan kekacang, Ikan Bilis Salut, buah-buahan
kering, sayuran kering
PAKAIAN - Aku suka seluar kasual.
Pelbagai pakaian lelaki dan perempuan dijual.
SOUVENIR - Customized Passport Cover,
key chain, Fridge Magnet. Aku suka Passport Cover, 100Baht, boleh buh nama dan
logo.
AKSESORI - Kasut, bag, aksesori , getah
rambut dan macam-macam ....
AKU BELI :
- KEBAB , 60 Baht, sedap yakmat. Mewah
ayam dan sos. Mula-mula beli 1 buat raso-raso, berebut Luqman dan Farhana
makan. Takut roboh meja makan, dorang berebut Kebab, aku beli lagi 1. Sampai
kat hotel, Luqman suruh aku gi beli lagi. Sorry, aku dah tak larat. Lain kali
makan baca bismillah tau...
- LAI CHEE KANG mewah bahan.
Macam-macam dia campur. 50 Baht je .. Sedap yakmat.
- ROCK MELON siap potong 20Baht,
manis dan rangup.
- CLIP RAMBUT dan KEY CHAIN - anak-anak
beli untuk souvenir dan pakai sendiri. 20 Baht satu set.
Bawa anak-anak singgah 7 Eleven, ingat
nak beli Burger Viral.
7 Eleven penuh orang dan baris panjang.
Tak jadi beli. Esok pagi kurang orang aku repeat.
Dulu-dulu kalau singgah 7e sini, aku
beli Mentos Coklat, Mentos Caramel, Air Mineral macam air bateri dan Creamer
dalam tiub.
Sekarang ni Mentos Coklat dan Creamer dah
masuk Malaysia.
Cuma air mineral special dan Burger je
tak de jual lagi kat KL.
Kalau nak beli rokok, baru dorang gi
ambil atau buka sliding.
Berhati- hati dalam 7e.
Tengok dulu tanda halal, baru
pegang.
Penat berjalan, kami balik hotel, makan
dan kemas baju.
Esok pagi jadual penuh nak pergi
Chabura Dim Sum dan Songkhla.
Lepas tu terus ke Padang Besar untuk balik KL.
Pengembaraan Day 2 sambung di sini
Untuk tips pelancongan di Hadyai, rujuk di post seterusnya, klik TIPS HATYAI
x
No comments:
Post a Comment