Tuesday, 6 December 2022

ITINERARI DAN INFO PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM PANGKOR

PANGKOR 2022

Date : 22 - 23 July 2022

Assalamualaikum
Good day

Sudah lama tinggalkan blog ni bersawang semenjak kita berkurung lama akibat PKP Covid 19.

Sebenarnya, apabila sektor pelancongan mula dibuka, kami telah memulakan percutian dan Siri Jelajah. Terpaksa menghabiskan voucher percutian dan Taman Tema yang dibeli sebelum dan semasa tempoh PKP. 

Siri Jelajah dan percutian kami : 
2021/11               : KL - I-City
2021/12/10-12    : Penang
2022/05/14-22    : KL - Taiping - Penang
2022/06/09-12    : Kelantan - KT - Pulau Kapas
2022/06/23-26    Langkawi
2022/07/22-23    : Pangkor

Untuk kali ini, saya berkongsi tentang percutian 2 Hari 1 Malam kami ke Pulau Pangkor.
Percutian yang lain akan saya update sedikit demi sedikit.
Jika bertangguh lama, risau pula terlupa info. 

2 Hari 1 Malam Pangkor

Rezeki kami apabila sahabat memberikan 2 e-voucher untuk penginapan sama ada di Avillion Admiral Cove, Avillion Cameron Highland atau AVI Pangkor.
Saya menjual 1 e-voucher dan hasilnya saya bank in kepada sahabat saya itu.
Boleh juga dia gunakan untuk perbelanjaan.

Nak tahu berapa harga e-voucher itu ?
Voucher ini dibeli secara bulk dengan harga RM130/bilik/malam untuk penginapan pada hari biasa bersama RM50 F&B voucher.
Murah dan berbaloi kan ?

Setelah berbincang, kami sepakat untuk memilih AVI Pangkor.

Untuk booking AVI Pangkor

ITINERARI PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI PANGKOR

HARI 1:
- Bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Lumut
- Menaiki feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor
- Menaiki Teksi Pangkor (Van Pink) dari Jeti Pangkor ke AVI Pangkor Resort, Pasir Bogak
- Check In Hotel
- Lunch @ The Mariner Coffee House
- Menaiki van dari AVI Pangkor Resort ke Teluk Nipah
- Aktiviti Island Hopping dan shorkelling
- Pulang ke resort menaiki van
- Mandi, berehat dan solat Maghrib
- Makan malam di Pasir Bogak
- Berehat di tepi swimming pool
- Tidur

HARI 2 :
- Breakfast di The Mariner Coffee House
- Berenang di swimming pool
- Berkemas untuk check out
- Check Out
- Menaiki van untuk lawatan mengelilingi pulau. 
- Makan tengah hari
- Lawatan berakhir di Jeti Pangkor.
- Membeli belah di Kedai Bebas Cukai
- Menaiki feri dari Jeti Pangkor ke Jeti Lumut
- Bertolak pulang dari Lumut ke KL
- Tiba di Stesen Bas Jalan Duta
- Menaiki teksi dari Stesen Bas Jalan Duta ke rumah
- Home Sweet Home


PENGINAPAN
AVI Pangkor, Pasir Bogak
Harga : RM130 sebilik/malam, 
Harga bilik sahaja.
E-voucher Avillion Hotel. Beli secara bulk semasa PKP.
Dapat F&B voucher RM50.

PENGANGKUTAN
Tiket bas ekspres dari TBS ke Lumut.
Tempah melalui Redbus. Dapat diskaun dan boleh guna diskaun kod.
Tambang : Dari RM27/orang

Tiket bas ekspres dari Lumut ke TBS dibeli di kaunter tiket Stesen Bas Lumut.
RM30/orang

Untuk menikmati diskaun tambang bas, boleh tempah di sini
Muat turun Redbus apps dan nikmati RM20 diskaun.
Guna Kod Diskaun MYNEW untuk dapatkan lagi 10% diskaun untuk tempahan pertama.

FERI PANGKOR
Dari Jeti Lumut ke Jeti Pangkor dan balik 
Tambang pergi balik :
Dewasa : RM20, Kanak-kanak : RM11
Simpan tiket pergi untuk tempahan tiket balik di Jeti Pangkor dan pemeriksaan Kastam di Jeti Pangkor (jika membeli belah di Kedai Bebas Cukai). 

PENGANGKUTAN DI PANGKOR
Menaiki Van Pink untuk ke hotel dan mengelilingi pulau.
Jeti ke Hotel : RM15/van
Hotel (Pasir Bogak ) ke Teluk Nipah : RM20/van

AKTIVITI
Snorkelling
Round Island Tour

SNORKELING
RM150/bot. Termasuk sewa snorkelling gear dan jaket keselamatan.
1.Menaiki boat melihat pulau berdekatan
2.Memberi makan ikan
3. Berehat di Pulau Giam
4. Snorkelling
5. Bergambar di pulau 

ROUND ISLAND TOUR
RM100/van untuk 2 jam
Kami ambil 3 jam. Tambah lagi RM30. 

TEMPAT YANG DILAWATI:
1. Buaian Pasir Bogak
2. Menara Tinjau Pasir Bogak
3. Teluk Nipah
4. Menara Tinjau Teluk Dalam
5. Kilang Membuat Bot
6. Masjid Seribu Doa @ Masjid Al Khairiah @ Sungai Pinang Kecil
7. Fu Lin Kong Temple / Mini Great Wall of China
8. Kilang Hasil Laut Pak Su
9. Masjid Terapung Pulau Pangkor (Masjid Seribu Selawat)
10. Batu Bersurat Pangkor / Tiger Rock
11. Kota Belanda

MAKANAN :

Hari Pertama
Lunch :  The Mariner Coffee House, AVI Pangkor Resort
A la Carte Menu
RM136 untuk 6 orang

Dinner : Pasir Bogak
Tomyam Set - Nasi Putih, Tomyam Campur, Ikan 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar, Tea O Ais
RM100 untuk 6 orang 

HARI KEDUA
Breakfast : The Mariner Coffee House, AVI Pangkor Resort
Adult : RM30, Child : RM18

Lunch : Food Court depan Masjid Terapung Pangkor
Nasi Ayam, Laksa, Cendol, Milo Ais
RM69 untuk 6 orang

SHOPPING
Kami membeli souvenir :
1. Kilang Hasil Laut @ Sungai Pinang Kecil
2. Kedai Bebas Cukai berdekatan Jetty Pangkor

No comments:

Post a Comment