Tuesday, 6 December 2022

DAY 1 : 2 Hari 1 Malam PANGKOR - 22-23 JULY 2022

PANGKOR 2022

Date : 22 - 23 July 2022


Kami bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada pukul 8:15 pagi.
Oleh kerana bertolak awal pagi, kami tidak sempat bersarapan di rumah.
Banyak kedai belum dibuka. Jadi kami hanya membeli makanan di 7-Eleven di TBS.
Kami membeli hotdog, roti, pau dan air mineral untuk mengalas perut semasa perjalanan,

Lebih kurang pukul 12:45 tengahari, kami tiba di Stesen Bas Lumut. 
Niat asal ingin menjamu selera di Medan Selera tepi Stesen Bas Lumut tapi malangnya semua kedai makan di situ tutup.
Kami tidak pasti jika telah berpindah ke Medan Selera yang baru kerana telah lama kami tidak menjejakkan kaki ke sini.

Kami berjalan  ke Jeti Lumut untuk membeli tiket feri.

Harga Tiket Feri Lumut-Pangkor 
Dewasa : RM20. Kanak-kanak/OKU : RM11

Harga tiket feri naik mulai 1 Julai 2022 berikutan kenaikan kos operasi.


Pemandangan di Jeti Lumut






Sempat bergambar sebelum menaiki feri 


Kaunter Jualan Tiket Feri ke Pangkor
Kredit : BH Online



Setibanya di Jeti Pangkor






Kami membeli tiket feri untuk perjalanan pada pukul 1:30 tengahari.
Perjalanan menaiki feri dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa kira-kira 30 minit.

Sesampainya di Jeti Pangkor, kami terus menuju ke tempat Van Pink untuk membawa ke AVI Pangkor Resort.



Antara banner info Pulau Pangkor yang terdapat di Jeti Lumut yang boleh dijadikan rujukan

Harga tambang Van Pink untuk perjalanan di sekitar Pulau Pangkor


AVI Pangkor Beach Resort

AVI Pangkor Beach Resort terletak di Pasir Bogak.
Perjalanan dari Jeti Pangkor ke resort mengambil masa 10 minit saja.
Tambang dari Jeti Pangkor ke resort (Pasir Bogak) ialah RM15.00/van.

Resort sederhana besar dengan dekorasi berkonsep moden. 
Kami menginap di Bilik Superior dilengkapi katil bersaiz King, perabot moden dan balkoni menghadap laut

Saya suka konsep Coffee House menghadap kolam renang dan halaman di kawasan resort yang indah.
Kolam renang kecil dengan susun atur kerusi dan meja 

Lebih kurang pukul 2:30 petang, kami sampai di resort.
Terus daftar masuk. Urusan daftar masuk berjalan lancar.
Hanya 1 bilik tersedia, manakala 1 bilik lagi belum siap.

Bilik kami terletak di tingkat 2 dan menghadap laut (Seaview)
Dari balkoni kami dapat melihat pemandangan laut yang membiru dan jalan raya.
Sesekali terlihat Van Pink melalui jalan di hadapan resort untuk membawa penumpang ke Teluk Nipah dan kawasan sekitar resort kami,
Kami menyimpan beg kemudian turun ke The Mariner Coffee House untuk makan tengahari.
Menu a la carte disediakan.

Kami memesan Tomyam+Nasi Putih, Kuew Tiaw Tomyam, Fish And Chips, Hor Fun Mee, Mihun Goreng, Nasi Goreng, Kuey Tiaw Goreng dan ais kosong.
Bayar menggunakan F&B e-Voucher bernilai RM100 dan saya hanya perlu tambah RM34.00 saja.





















ISLAND HOPPING DAN SNORKELLING DI TELUK NIPAH

Selepas makan, saya mengambil kunci bilik lagi satu dan bersiap untuk aktiviti Island Hoping dan Snorkeling di Teluk Nipah.

Saya menelefon pemandu van untuk membawa kami ke Teluk Nipah.
Perjalanan dari Pasir Bogak ke Teluk Nipah mengambil masa 10-15 minit.
Melalui bukit bakau dan jalan bengkang bengkok.
Tambang sehala dari pasir Bogak ke Teluk Nipah : RM20/van


ISLAND HOPING & SNORKELING
RM150/boat. Termasuk sewa snorkelling gear dan jaket keselamatan.
1.Menaiki boat melihat pulau berdekatan
2.Memberi makan ikan
3. Berehat di Pulau Giam
4. Snorkelling
5. Bergambar di pulau 

Sampai saja di Teluk Nipah, van menurunkan kami di tepi pantai berhadapan perhentian teksi (Van Pink).

Kami terus mendapatkan boatman @ beach boy.
Tanya harga dan membuat bayaran,

Selepas mengambil snorkeling gear, jaket keselamatan dan kasut, kami mendengar taklimat ringkas tentang cara menggunakan snorkelling gear.

Untuk menyekat penularan wabak Covid 19, hanya goggle dibekalkan kepada pelanggan,
Sekiranya ingin memakai snorkel (yang letak di mulut untuk bernafas di permukaan air), 
ada dijual dengan harga RM20 sebuah.

Waterproof hand phone case juga dijual di sini dengan harga RM10.

Kami membeli snorkel dan waterproof hand phone untuk kegunaan semasa snorkelling.

Kami dibawa menaiki bot untuk melihat Pulau Mentagor, batu buaya, batu ikan paus, batu kaki dan batu penyu .

Kemudian memberi makan ikan dan akhirnya mencari tempat untuk snorkeling.
Kami menghabiskan masa di Pulau Giam dengan mandi dan bergambar.

Lebih kurang pukul 6:15 petang, kami memanggil beach boy untuk membawa kami pulang. 


Bersedia untuk aktiviti Island Hoping dan Snorkelling. Bersemangat Luqman dan Adam dengan Snorkelling Gear masing-masing.

Batu Ikan Paus


Batu berbentuk kaki


Batu Buaya

Batu Penyu

Memberi ikan makan

















Selepas menukar baju , kami bertolak balik ke resort.

Pastikan membawa baju salin kerana pemandu van tidak membenarkan penumpang memakai pakaian renang yang basah semasa menaiki van walaupun telah mengelap dengan tuala.
Dengan kata lain, perlu salin baju.

Sampai di resort, kami mandi dan membersihkan badan.
Selepas solat Maghrib, perut mula lapar. 
Kami keluar berjalan kaki untuk makan malam.

Kami makan di gerai Tomyam berhadapan Sandy Beach Resort.
Tomyam Set - Nasi Putih, Tomyam Campur, Ikan 3 Rasa, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Kunyit, Telur Dadar, Tea O Ais
RM100 untuk 6 orang 

Saya suka rasa ikan yang segar. Namun lauk lain biasa saja.

Di kawasan Pasir Bogak, banyak terdapat kedai makan Cina dan tidak banyak pilihan kedai makan Melayu. 

Di kawasan ini juga terdapat Kedai Bebas Cukai.

Dalam perjalanan pulang ke resort, kami berhenti mengambil gambar di replika kapal dan papan tanda Pangkor.

Tidak lupa juga untuk singgah membeli ais krim dan jajan untuk dimakan di tepi kolam renang sambil menenangkan fikiran dan berbincang trip akan datang.

Luqman dan Adam telah semakin mesra dan sesekali kami mencuri dengar perbualan mereka berdua.

Kedua-dua tidak sabar menunggu esok untuk terjun ke kolam renang.













Kami pulang ke bilik, solat dan tidur lena sehingga keesokan hari.






No comments:

Post a Comment