Sunday, 16 July 2023

TIP & INFO HATYAI

 

Sharing Info Percutian di Hatyai dan Songkhla.
 
Itinerary Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam Hatyai-Songhkla
 
DAY 1 : 07/07/2023 (Jumaat)
- Sarapan di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, Penang
- Menaiki Grab ke Stesen Keretapi Butterworth. (RM31)
- Menaiki Komuter Utara ke Padang Besar. (RM11.40 dewasa. RM5.70 kanak-kanak)
- Menaiki VIP Van ke Hatyai (RM30/person)
- Lunch di Kai Tod Decha (RM50+ untuk 3 orang)
- Menaiki Tuk Tuk ke Asian Hotel Hatyai (60Baht @ RM9 untuk 3 orang)
- Check In Hotel, mandi, tukar pakaian
 
- Menaiki Tuk Tuk untuk melawat ke : (800Baht @  RM112 untuk 1 Tuk Tuk)
- Songkhla Central Mosque
- Seaverse Cafe & Restaurant ( Entrance Fee : 30Baht/person)
- Klong Hae Floating Market
 
- Balik ke hotel untuk menyimpan barang
- Lee Garden Night Market
- Mengemas barang dan tidur
 
DAY 2:
- Mengemas barang dan bersiap
 
- Menaiki Tuk Tuk ke ChaBura Dim Sum (100Baht 1 Tuk Tuk untuk 3 orang)
 
- 1/2 DAY SONGKHLA CITY TOUR (1,200Baht/Car )
 
- Chang Puak Camp
  Free Entrance
  Elephant Feeding – 100Baht @ RM14 sebakul pisang)
  Bergambar bersama gajah – 100Baht/person for 3 poses
  Elephant Riding – 500Baht/person
  ATV Driving – 500Baht/person
  Elephant Show – 300Baht/person
  B B Gun – 100Baht/Set
  Bird Park – 100Baht/person
  Crocodile Show – 300Baht/person
  Monkey Show – 300Baht/person
  Package A @ B @ C – 1,000Baht/person
  Photo with Frame – 200Baht
 
- Songkhla Old Town
- Samila Beach
- Golden Mermaid- Cat & Rat Statue
- Tang Kuan Hill
 
- Pulang ke hotel
- Check Out
- Menaiki VIP Van ke Padang Besar (300Baht/person)
- Lunch di Cafe Stesen Keretapi Padang Besar
- Menaiki ETS bertolak ke KL Sentral (Dewasa RM106, Kanak-kanak RM57)
- Menaiki Grab ke rumah
- Selamat sampai
 
 
INFO
PENGANGKUTAN KE HADYAI :
Akses melalui bas, keretapi, kapal terbang, kereta.
 
BAS
Kebanyakan melalui Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam.
Boleh juga melalui Padang Besar.
 
Untuk semak dan tempahan tiket bas :
 
EASYBOOK:

EASYBOOK
Guna link ini untuk nikmati diskaun, Cash Back dan Referral Commission.
Guna Discount Code :
EBMYNEW (new user)
EBMY30 (existing user)
 
 
KERETAPI :
ETS terus dari Gemas dan KL Sentral ke Padang Besar.
 
KTMB BERHAD
Link :
TEMPAHAN TIKET
Apps KTMB : 
 
Dari Padang Besar, boleh menaiki tren State Railway of Thailand (SRT) ke Hat Yai dan meneruskan perjalanan ke Bangkok.
 
https://www.train36.com/padang-besar-hat-yai-shuttle-train.html
                       
Dari Padang Besar     
08.55 (09.55 Malaysian time)
15.40 (16.40 Malaysian time)
17.00 (18.00 Malaysian time)**
 
Dari Hat Yai  
09.50  
16.35  
17.55
 
 
** Kereta api bernombor 46 dari Padang Besar ke Bangkok yang mempunyai gerabak kelas 3 yang lebih murah untuk perjalanan antara Padang Besar dan Hat Yai Junction (kosnya sama dengan Shuttle Train).
 
Sampai saja di Stesen Keretapi Padang Besar, naik ke Tingkat atas untuk touch tiket keluar.
Terus pergi ke kaunter State Railways of Thailand (SRT) yang terletak bersebelahan kaunter tiket KTMB.
Beli tiket untuk meneruskan perjalanan ke Hat Yai.
 
Kemudian boleh pergi ke Imigresen Malaysia untuk cop Passport dan seterusnya ke Imigresen Thailand. Selepas selesai cop Passport di kedua-dua Imigresen, bolehlah menunggu tren untuk ke Hadyai.
 
Turun di Hatyai Station.
Dari sini boleh menaiki Tuk Tuk ke hotel (20Baht seorang) atau berjalan kaki ke hotel.
Jika mengambil khodmat pemandu, maklumkan kepada pemandu untuk pick up di Hatyai Station.
 
 
VIP VAN DARI PADANG BESAR KE HATYAI
Cara paling mudah dengan menaiki VIP Van.
Selepas keluar dari keretapi, naik ke Tingkat Atas untuk Daftar Keluar.
Kaunter Tiket untuk Van VIP terletak di hadapan gate KTMB iaitu bersebelahan kantin.
 
Tambang : RM30/orang.
Perjalanan dari Padang Besar melalui kedua-dua Imigresen dan akan dihantar ke Hotel ( di Hatyai).
 
Borang Imigresen berwarna putih biru juga disediakan.
Pastikan mengisi borang dengan lengkap sebelum meneruskan perjalanan.
 
 
PENGINAPAN :
Terdapat banyak hotel budget dan sederhana.
 
Untuk yang baru pertama kali berkunjung ke Hatyai, tempah hotel di area Lee Garden Plaza kerana berdekatan makanan halal, pengangkutan, pusat membeli belah.
 
HOTEL AREA LEE GARDEN PLAZA :
 
BUDGET HOTEL/HOSTEL
1.      Variety Winner Hostel
2.      Room2U
3.      Cathay Guesthouse Hat Yai
 
 
HOTEL SEDERHANA / MEDIUM RANGE
1.      Lee Garden Plaza Hotel
2.      Grand Plaza Hotel
3.      The Regency Hotel
4.      Mayflower Grande Hotel
5.      Centara Hotel Hat Yai
6.      Diamond Plaza Hotel
7.      Asian Hotel
8.      Grand Pink Hotel
9.      Hadyai Golden Crown Hotel
10.  New Season Hotel
11.  V.L Hatyai Hotel
12.  Sakol Hote
13.  Aloha Hotel Hadyai
14.  The Train Hotel Hatyai
15.  BP Grand Suite Hotel
16.  D-ONE Hotel
17.  Red Planet Hat Yai
 
Untuk booking, boleh klik link :

https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1913314&hl=en-us&hid=336340
 
Hotel in Hatyai
https://www.agoda.com/partners/partnersearch.aspx?pcs=1&cid=1913314&hl=en-us&city=9312
 
Booking Hotel melalui Klook
Klook Booking
 
 
RESTORAN / TEMPAT MAKAN  HALAL DI HATYAI
 
1.      Kai Tod Decha
2.      Dimsum ChaBura
3.      Zaina DimSum
4.      Hameed Restaurant
5.      Restaurant Khaled
6.      Lee Garden Night Market
7.      Tamrab Muslim Restaurant
8.      Chsuyaau Muslim Food (in front Tamrab Muslim Restaurant)
9.      ASEAN Night Market
10.  Kak Sah Muslim Kitchen
11.  Chicken Rice
12.  Thai-Malaysia
13.  Khlong Hae Floating Market
14.  Khlong Hae Buffet Seafood
15.  Bingsu Nom6
 
 
RESTORAN / TEMPAT MAKAN  HALAL DI SONGHKLA
1.      Bung Sem Seafood
2.      Bang Faluke Muslim Seafood
3.      Subaidah Restaurant Halal
4.      The Seaside Halal, Koh Yor Island
 
 
TEMPAT MENARIK DI HADYAI
1.      Lee Garden Night Market
2.      Khlong Hae Floating Market
3.      Hatyai Municipal Park
4.      Magic Eye 3D Museum
5.      Songhkla Central Mosque
6.      Seaverse CafĂ© & Restaurant
7.      Hat Yai Nai
8.      Chang Puak Camp
 
TEMPAT MENARIK DI SONGKHLA
1.      Samila Beach
2.      Golden Mermaid
3.      Cat & Rat Statue
4.      Giant Serpent Naga
5.      Tang Kuan Hill
6.      Songkhla Old Town
7.      Koh Yor Island
 
 
SHOPPING DI HATYAI
1.      Kim Yong Market
2.      Lee Garden Plaza
3.      Asean Night Market
4.      Central Festival Hatyai
5.      Greenway Night Market
6.      Klong Hae Floating Market
7.      Santisuk Market
8.      Diana Complex Shopping Center
9.      Odean Shopping Mall
 
SHOPPING DI SONGKHLA
1.      Samila Beach
2.      Koh Yor
 
 
MAKANAN YANG PATUT DICUBA :
1.      Makanan tradisi Thailand – Tomyam, Som Tam, Kerabu Mangga, Kerabu Maggi, pelbagai kerabu, Pad Thai,
2.      Seafood – Tomyam, Udang Goreng, Ketam,
3.      Minuman – Teh Tarik, Air Buah Segar, Minuman dalam Buluh dan Tembikar
4.      Dessert – Ais Krim Kelapa, Pulut Mangga, Pancake Pisang, Aiskrim Gulung, Thai Crepe
5.      Makanan Lain – Dim Sum, Ayam Goreng, Ayam Panggang Madu, Otak-Otak, Thai Beef Noodle, Thai Boat Noodle
6.      Snek – Kacang , Ikan Bilis Salut, Sayuran dan Buahan Kering
 
SOUVENIR MENARIK
1.      Key Chain, Fridge Magnet, Purse
2.      Customised Passport Cover ( 100Baht dijual di Lee Garden Night Market)
3.      Makanan Kering – Kacang, Ikan Bilis Salut, Sayurqan dan Buahan Kering
4.      Pakaian – T-Shirt, Thai Silk , tenunan Asli
5.      Mug Seramik bermotif kartun ( dijual di Klong Hae Floating Market)
 
 
TIPS MENGIRA PERBELANJAAN:
Buat itinerari untuk mengira budget
 
Buat anggaran budget :
Pengangkutan
Penginapan
Makan minum
Perbelanjaan (Bayaran Masuk, Internet, Shopping dll)
 
KIRAKAN JUMLAH KESELURUHAN UNTUK ANGGARAN KOS
 
 
TIPS :
 
1.      PASSPORT / BORDER PASS / GROUP PASSPORT
 
PASSPORT MALAYSIA
-Pastikan tarikh tamat tempoh Passport Malaysia sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh masuk ke Thailand.
 
 
BORDER PASS
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.
 
Had Perjalanan
Pas ini adalah penting untuk pergerakan dari negeri sempadan ke selatan Thailand khususnya Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.
 
Tempoh Sah
Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan mungkin digunakan untuk pelbagai lawatan. Rangka masa kesahihan tidak boleh dilanjutkan.
 
Tempoh Sah Pas Sempadan Malaysia – Thailand untuk Keluar ke Thailand
Tempoh sah Pas Sempadan mestilah tidak kurang daripada 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.
 
Kelayakan Untuk Memohon
Warganegara Malaysia Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak.
Warganegara Malaysia yang telah tinggal di negeri sempadan lebih daripada satu (1) tahun. (disahkan melalui alamat pada Kad Pengenalan)
 
Yuran
RM10.00
 
 
GROUP PASSPORT
Surat Perjalanan Berkumpulan yang menggantikan pasport ialah Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk perjalanan berkumpulan (had minimum 5 hingga had maksimum 20 orang) ke Brunei, Thailand dan Singapura sahaja.
 
Tempoh Sah
Sembilan (9) bulan dari tarikh dikeluarkan dan untuk satu perjalanan sahaja.
 
Syarat Am
Pemohon mesti hadir
Borang H (Im.101A) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak di atas kertas A4 (depan dan belakang).
2 keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) bagi pemohon yang berumur 12 tahun ke atas.
Sijil Kelahiran bagi pemohon di bawah 12 tahun
Keizinan daripada ibu bapa untuk pemohon di bawah umur 18 tahun ( borang IM.42A ).
Bayaran
 
RM 200.00 untuk satu dokumen
 
 
 
 
2.      Tukaran Wang
Tukar dulu sebelum bercuti.
Buat perbandingan sebelum membuat tukaran wang.
 
Tukar duit di area Masjid India
Rate : 100Baht = RM13.80 (as at 06/07/2023)
 
3.      Internet
Sama ada menggunakan Sim Card atau Data Roaming.
Sim Card banyak dijual di pintu masuk sempadan.
 
4.      Pengangkutan
-          Jika ingin menaiki Pengangkutan Awam, semak jadual perjalanan dan tambang.
-          Tuk Tuk : Runding harga sebelum menaiki Tuk Tuk dengan menyatakan dengan jelas lokasi dan jumlah penumpang untuk penentuan tambang.
-          Tuk Tuk sesuai untuk perjalanan dekat di sekitar Hatyai.
Untuk ke Songkhla, boleh menaiki MiniVan atau menyewa kereta atau Van bersama pemandu untuk memudahkan perjalanan.
-          Minivan ke Songkhla boleh diambil di Stesen Bas Hatyai.
 
5.      Penginapan
-          Tempah awal kerana hotel berdekatan Lee Garden Hotel sering habis ditempah terutama di musim perayaan, cuti am dan cuti sekolah.
-          Faktor yang boleh diambil kira semasa penentuan hotel :
Jenis Penginapan
Bajet
Ahli Dalam Group
Tempat Lawatan atau Aktiviti
Tempat Yang Ingin Dilawati
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Hotel
Makanan Halal
 
6.      Menyediakan Check List untuk menyemak barang yang perlu dibawa.
 
7.      Menyediakan Itinerari untuk memudahkan perjalanan dan membuat anggaran perbelanjaan.
 
8.      Ambil Insurans Perjalanan untuk melindungi diri daripada menanggung risiko akibat perkara tidak diingini di negara orang.
 
9.      Bawa ubat-ubatan untuk persediaan.
 
10.  Toiletries dan Skin Care – Bawa dalam kuantiti kecil untuk kegunaan semasa percutian.
 
11.  Barangan Elektronik – Bawa Travel Adapter untuk mengecas Hand Phone dan kegunaan lain.
 
12.  Jauhi pantang larang dan semak barang yang dilarang dibawa masuk ke Thailand.
 
VAPE dan ROKOK ELEKTRONIK adalah barang larangan dibawa masuk ke Thailand.
 
Semoga perkongsian ini dapat membantu terutama pengembara yang pertama kali berkunjung ke Hadyai.
 
DAY 1 : 2 Hari 1 Malam Hatyai-Songkhla - 7 - 8 July 2023, klik  DAY 1
DAY 2 : 2 Hari 1 Malam Hatyai-Songkhla - 7 - 8 July 2023, klik  DAY 2

DAY 2 : 2 Hari 1 Malam Hatyai-Songkhla - 7 - 8 July 2023


DimSum Chabura



DAY 3 : 08/07/2023 ( Sabtu)
Bangun pagi, mandi, siap barang semua.
7:00 pagi - Naik Tuk Tuk di depan hotel ke Chabura Dim Sum. 
Nego tambang dapat 100 Baht. Bayar je sebab nak cepat.
Kalau nak breakfast kat sini, make sure sampai awal. Kalau lambat kena beratur ambil no giliran ye. 
Kembang kempis lubang hidung Luqman sebab sampai awal dan tak perlu berebut-rebut pilih Dim Sum.
Harga Dim Sum 15 Baht dan 20 Baht 1 bekas.
Rambang mata kat sini. Colourful dan macam macam ada. 
 
Aku pesan kat anak-anak, ambil setakat nak makan dan serba sedikit untuk elakkan pembaziran.
 
CARA NAK ORDER :
- Masuk restaurant, staff akan greet, bagi meja dan Number Stand dan Tray. 
- Order minuman.
- Bawa tray, pilih Dim Sum dan bagi pada staff untuk Steam.
- Bila dah siap Steam, staff hantar ke meja ikut no meja.
- Makan la sepuasnya.
- Dah habis makan, gi cashier, mention no meja dan bayar.
 











Makanan kat sini memang sedap yakmat. Harga pun berpatutan. 
Best giler. Aku selalu makan Dim Sum kat hotel pun tak sesedap ni ...
Tak boleh move on dan masih terbayang-bayang kesedapannya ...
 
Keluar restoran, driver tanya nak pergi mana.
Aku cakap nak gi Songkhla tapi nak trip dalam 4 jam saja.
Tawar menawar dapat 1,200 Baht. Naik kereta.
 
Aku setuju sebab kesuntukan masa dan aku memang nak bawa anak-anak gi Songhkla. 
Luqman dan Farhana gi Hadyai dan Songkhla masa dorang baby. 
 
TEMPAT YANG DILAWATI :
- Chang Puak Camp
- Songkhla Old Town
- Samila Beach
- Golden Mermaid
- Cat & Rat Statue
- Tang Kuan Hill




 
CHANG PUAK CAMP
Chang Puak Camp ini khusus untuk kem gajah.
Antara aktiviti yang disediakan di sini , melihat dan memberi makan gajah, bergambar bersama gajah, pertunjukan gajah dan menaiki gajah.
 
Selain daripada itu, turut terdapat aktiviti lain seperti pertunjukan buaya, monyet, burung , ATV , BB Gun dan lain-lain.
 
Di sini juga disediakan port bergambar yang menarik.













 
Masuk adalah percuma tetapi pengunjung dikenakan bayaran untuk aktiviti bersama gajah.
Untuk bayaran aktiviti , boleh tengok kat gambar ye ...
 
Jika ingin memberi makan gajah, boleh membeli pisang 100 Baht sebakul.
Bayaran untuk bergambar dengan gajah ialah 100 Baht / orang untuk 3 pose.
Pose bersama gajah duduk, peluk gajah dan diangkat dengan belalai gajah. 
Boleh mengambil gambar sendiri dan gambar turut dijual di pintu keluar dengan bayaran 200 Baht sekeping termasuk frame.
Gajah di sini comel , sangat jinak, manja dan cerdik.
 
Aku membeli sebakul pisang dan membayar 200 Baht untuk Luqman dan Farhana bergambar bersama gajah.





 



Di pintu keluar, kami membeli 2 keping gambar bersama frame. 
Luqman tak puas bermain dengan gajah dan tak dapat naik gajah kerana kesuntukan masa.
Aku advise korang pergi pagi sebab kurang orang.
Kalau lambat, penuh bas membawa pelancong.
 
Ni website link CHANG PUAK CAMP














 
























SONGKHLA OLD TOWN
Pekan lama dengan spot bergambar menarik dipenuhi deretan cafe hipster, rumah traditional, lukisan mural, kuil dan kedai.
Pekan ini terletak berdekatan laut.
 




Subaidah Seafood Restaurant yang mengadap laut




SAMILA BEACH
Samila Beach  terkenal dengan Patung Ikan Duyung (Golden Mermaid) yang terletak di hujung pantai berdekatan bulatan yang terdapat papan tanda Samila Beach dan Songkhla City. 
Dipenuhi  restoran, kedai dan di hujung pantai terdapat astaka konkrit yang besar dan BP Samila Beach Hotel.
 
Di sini juga terdapat beberapa Restoran Seafood Halal dan Cafe.
Aku suka makan di Subaidah Restaurant sebab ada gazebo mengadap laut.
 






Selain Golden Mermaid, Cat and Rat Statue juga menarik ramai pengunjung untuk bergambar di sini.
Statue ini terletak di berdekatan deretan Restoran Seafood di tepi Samila Beach.
 
Kalau nak berkelah, boleh sewa tikar. 
Anak-anak boleh menaiki kuda. 
 




























Luqman dan Farhana bergambar dengan kuda.
Bayaran untuk bergambar 50 Baht/orang dan menaiki kuda 150 Baht / orang untuk 1 pusingan.
 








TANG KUAN HILL
Tang Kuan Hill terletak berdekatan Kedutaan Malaysia di Thailand dan Pantai Samila.
 
Menyajikan pemandangan indah bandar Songkhla dan laut terbentang luas.
 
Bayaran dikenakan untuk menaiki Lift @ Cable Car.










 














Di atas bukit ini terletak kuil, spot bergambar sambil menikmati pemandangan.
Di bawah terdapat Monkey Park tapi aku tak pasti masih wujud atau telah ditutup.
Berdekatan tangga di pintu masuk terdapat peniaga yang menjual Ais Krim Kelapa.
Murah dan sedap. MUST TRY. 
 
Tang Kuan Hill merupakan destinasi terakhir kami.
Kami kesuntukan masa dan terpaksa bergegas pulang ke Hotel untuk check out dan menaiki Van yang akan menjemput kami di hotel pada pukul 12:00 tengahari.
 
Pukul 12 :00 tengahari, kami sampai di hotel. 
Berlari ke reception cakap nak check out.
 
Naik ke bilik, ambil beg, check out dan terus naik VIP Van nak gi Padang Besar.
Tak sempat la aku nak beli souvenir.
 
Trafik lancar dan que tak panjang di kedua Imigresen. Alhamdullillah.
Sampai di Stesen Keretapi, terus ke kaunter untuk ambil tiket Farhana yang dibeli secara online melalui apps.
 
Print tiket untuk mudah proses scan. 
Leceh pula nak scan QR Code kalau bawa anak-anak.
 
Kami lunch di Cafe sementara tunggu keretapi. 
 
Apabila keretapi sampai, staff akan panggil untuk masuk ke platform. 
 
Pukul 4:45 petang, keretapi bertolak dari Padang Besar ke KL Sentral.
 
Disebabkan beli tiket lambat, kami dapat Gerabak terakhir iaitu Koc F. 
Nasib baik ada tiket Forward. Tak larat nak gostan sampai KL Sentral.
Risau pulak sampai KL, kami jalan undur belakang.

ETS dari Padang Besar ke KL Sentral








 
Aku bagi duit kat Luqman dan Farhana untuk beli minuman dan makanan di Cafe.
Cafe kat Koc C. Farhana gi snap gambar menu.
 
Aku cuba Nasi Beriani Rendang Tok.  Sedap. Tapi portion kecil macam dalam flight.
Aku beli lagi 3 bungkus untuk dinner di rumah dan untuk Mama.
Farhana makan terus Nasi Beriani dia.
 
kurang pukul 10:20 malam, kami sampai di KL Sentral.
Pergi toilet dan terus ambil Grab ke rumah.
 
Alhamdullillah selamat sampai rumah.
Kemas barang, asingkan baju kotor dan berbagi souvenir.
 
Berakhirlah percutian singkat last minute plan kami.
Walau pun singkat, memberi kenangan indah dan pengalaman baru buat kedua anak kesayanganku.
 
Selain melawat tempat menarik dan cantik, mereka turut belajar sedikit sebanyak keunikan dan perbezaan budaya. 
 
 
Burger Viral dijual di 7e 



 Post sebelumnya, Day 1 di sini
 Untuk tips pelancongan di Hadyai, rujuk di post seterusnya, klik TIPS HATYAI