Sunday, 19 December 2021

Taman Simfoni Suria KLCC - Air Pancut Berirama

08 DECEMBER 2021 

Assalamualaikum

Saya kembali menulis.Lama berehat akibat PKP. 
Selepas mendapat 'Green Light' dan 'Lesen Bebas', bolehlah saya membawa keluarga bersiar-siar sambil berkongsi cerita.

Let's go !!!
Jom tengok ke mana agaknya saya bawa keluarga 'terchenta' saya berjalan ...

Setelah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun, kini tibalah masa untuk berehat dan menghabiskan cuti tahun bersama keluarga.
Seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya, Maksu (adik Mama)  akan datang dari Penang. Saya akan membawanya berjalan-jalan dan membeli belah di sini.

Antara lokasi membeli belah yang menjadi pilihan rakyat marhaen seperti kami termasuklah  :

1. Kenanga Wholesale City
2. Jalan Tuanku Abdul Rahman 
3. SOGO

Pelbagai koleksi pakaian Muslimah, tudung, keronsang, kasut dan sebagainya ada dijual di sini.

Teringat pada tahun 80an dan 90an dahulu, Globe Silk Store merupakan lokasi membeli belah yang paling popular. Tempat wajib dikunjungi oleh "Rombongan Cik Kiah' jika turun ke Kuala Lumpur. 

Pada bulan November yang lalu, Maksu datang ke sini.
Kami pergi ke I-City, pusing KL dan membeli belah.

Kali ini, sambung lagi pusing KL kerana terlalu banyak tempat menarik di sini yang belum sempat dikunjungi.

Hari ini saya berkongsi info tentang Taman Simfoni Suria KLCC

08 December 2021 (Rabu)

Taman Simfoni Suria KLCC
Pintasan Saloma (Saloma Link)
Makan Malam di Kampung Baru

Awal-awal saya dah maklumkan pada Boss yang saya hendak pulang awal.
Awal bagi saya ialah pada pukul  5:45 petang tepat kerana kebiasaannya saya habis kerja pada pukul 7:00 - 8:00 malam.

Sampai di rumah, terus kami bertolak ke KLCC untuk menyaksikan Air Pancut Berirama di Taman Simfoni Suria KLCC.

Pertunjukan air pancut berirama ini dimainkan setiap hari pada pukul 8:00 malam, 9:00 malam dan 10:00 malam sementara Air Pancut Berlampu Berwarna-warni dimainkan secara berselang-seli pada pukul 7:30 malam, 8:30 malam dan 9:30 malam.

Pertunjukan percuma ini sesuai untuk warga kota yang ingin merehatkan minda dan beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Formasi air pancut ini boleh mencecah ketinggian 42 meter disertai iringan muzik pasti memukau pemandangan dan membuatkan pengunjung teruja terutama kanak-kanak.

Lebih 150 formasi yang dipertontonkan antaranya berbentuk bunga dan geometri mengikut alunan muzik. Lagu yang dimainkan daripada pelbagai bahasa. 











Apa tunggu lagi, jom bawa keluar beriadah.

Patuhi SOP dan stay safe guys ...

Our next destination , Saloma Link (Pintasan Saloma)