Sunday, 8 March 2020

Bandung , 28 Feb 2020 - 2 March 2020

Assalamualaikum

Arini aku nak kongsi pengalaman dan tips bercuti ke Bandung.
Gigih gak menulis walaupun ni first time ke sana.

Kena cepat  tulis dlm blog untuk panduan kawan-kawan dan diri sendiri.
Kalau biar lama lama, nanti tak ingat. Maklumlah faktor penuaan ...

Ni persiapan awal yang aku buat untuk percutian budget kami.

FLIGHT TICKET
Aku dah beli flight ticket masa Promo Air Asia Sep 2019.
Aku  pilih tarikh ni sebab nak sambut birthday.

So, fokus hanya nak cari tiket pada hari tu yang murah sikit .
Kalau tiket murah biasanya timing tak berapa cun. Sama ada awal pagi atau malam.

Ni flight schedule kitorang



Kalau nak tiket super duper murah, kena cari flight weekday dari Selasa hingga Khamis.
Cuti sekolah tak dapek ler.

Cara nak dapat tiket murah :
- Beli masa promo
- Kalau korang takde specific date, cari lowest fare
- Untuk member Air Asia Big, beli masa Member Sale sebelum dibuka kepada rakyat jelata yang lain. Tapi sebenarnya, kebanyakan memang dah jadi member. So. 3 days Sale tu, cepat cepat la korang grab tiket.

Kali ni tak ambik luggage.
Semua hand carry.
4 orang x 7kg = 28 kg
Seorang bawa 2 bag

Bawa baju cukup-cukup untuk pakai.
Sampai KLIA2, gi timbang beg sebab boleh kira berapa kilo boleh beli souvenir.

Aku selalunya memang order makanan masa booking.
Kalau beli atas flight lebih mahal.
Budget seorang RM10 termasuk air.
Lebih murah daripada makan kat airport.

Tambang pergi balik untuk 4 orang RM1.038.56
Termasuk makan dan lepas tolak Air Asia Big Point & Member discount.

HOTEL
Aku cari hotel yang berdekatan tempat makan dan dalam kawasan bandar.
Sebelum tu, gigih gak tengok kat blog tentang review hotel.
So, aku decide book hotel kat area Jl Cihampelas.
Boleh jalan kaki gi Cihampelas Walk.

Cara aku nak tengok lokasi, aku buka Google Maps.
So boleh tengok lokasi dan kawasan persekitaran.
Ni cara aku, lain orang, lain caranya.

Aku pilih hotel yang sederhana je. Tak payah swimming pool sebab kalau gi Indonesia, memang tak ada masa nak berswimming pool bagai.
Awal pagi keluar gi tour, malam baru balik ..
Lagi satu, nak elak bawa baju banyak dan tak payah la aku pening kepala nak layan Putera Puteri mandi...Anak aku yang hero tu hebat lain macam ..
Kalau nenek jaga dorang kat swimming pool, suaranya nyaring pitch paling tinggi kalah Warden Penjara ..

Aku stay kat Vio Hotel Cihampelas siap ada breakfast ..
So so je makanannya ..
Hotel ok la .. Basic tapi bersih,,,
Mama pesan nak yang ada cerek & coffee set.
Senang nak bancuh air ..

Booking melalui Agoda.
Lepas tolak discount Digi dan Agoda Cash, kena bayar RM115.83




Ada banyak hotel budget di sepanjang Jalan Cihampelas.
Antaranya :
- Promenade Hotel
- De Batara Hotel
- Green Batara Hotel
- Serela Cihampelas Hotel
- Fave Hotel

Hotel 4 bintang yang terdapat berdekatan Cihampelas Walk
- Aston Tropicana Hotel



TRANSPORTATION
Aku ada tanya Travel Agency yang sediakan sewa kereta dengan supir.
Aku pilih Hayukka Bandung sebab harga murah dan review servis yang baik.
Suspen jugak la sebab takut price yang dia quote tu kena tambah  tol atau makanan driver.

RM115 untuk 13 jam termasuk driver, minyak, tol dan makan driver.
Ni bayaran untuk dalam Bandung. Kalau luar Bandung, lain harganya.
Kalau masuk ke Theme Park, kena bayar parking sendiri.
Biasanya parking dalam IDR10k-30k kecuali Kawah Putih, bayaran masuk kereta IDR150k.
Kalau nak parking kereta kat luar, kena naik Wara Wiri (shuttle), IDR25k seorang.

Bayar untuk 2 hari RM230.
Lepas habis lawatan hari pertama, aku nak bayar untuk 1 hari dulu tapi Pak Supir cakap bayar lepas semuanya selesai.

No Whatapps : +62 853 5355 5696


ITINERARY
Aku dah buat itinerary awal-awal sebelum pergi.
Senaraikan tempat yang nak pergi, kira budget untuk entrance fee, parking dan bayaran untuk mainan.

Ni itinerary kami :

DAY 1
- Bertolak KL-Bandung
- Malam
  Check in dan berehat

DAY 2:
- Sarapan

  Tour
- Kawah Putih
- Ladang Strawberry
- Makan tengahari di Rumah Nenek
- Shopping di Pasar Baru (pakaian)
- Shopping di Tiga Rasa ( kerepek dan jajan)
- Shopping di Kowani Perfume

Malam
- Mandi, keluar jalan kat Cihampelas Walk
- Dinner @ Burger King


DAY 3
- Sarapan

  Tour
- Dago Dream Park
- Maribaya Lodge
- Fairy Garden
- Floating Market
- Farm House

DAY 4
- Bertolak balik KL


ROAMING / SIM CARD
Plan Digi aku memang dah include Roaming 5GB +60 minit Call
Sampai di Indonesia, aku terus on Data Roaming.

So, korang boleh hubungi Telco Service Provider korang untuk active Roaming atau beli Plan Roaming.

Atau pun beli Sim Card kat Airport atau di Indonesia.
Boleh minta Pak Supir tolong belikan.


TRAVEL ADAPTER
Plug kat Indonesia tak sama macam kat negara kita.
Korang boleh beli Travel Adapter  kat kedai accessory hand phone atau online.
Kalau terlupa bawa, cuba minta pinjam dari Reception Hotel.

Jenis plug di Indonesia




MONEY EXCHANGE
Aku tukar IDR di money Changer di Masjid India, Kuala Lumpur
Aku suka gi sini sebab ada banyak Money Changer.
Boleh bandingkan rate dulu sebelum menukar duit

RM305 = IDR1 juta

Jadi jutawan sekejap ...

Disebabkan duitnya banyak sangat beribu-ribu dan mungkin boleh memeningkan kepala, aku bagi sikit tips macam mana nak kira

Aku kira lebih kurang macam ni
IDR 1k  =  RM0.30
IDR 10k = RM3.00
IDR 100k = RM30.00
IDR 1juta = RM300.00

Dah clear semua, bolehlah korang pergi bercuti ke Bandung dengan yakin.

Tunggu aku sambung pengembaraan aku ke Bandung dengan info yang lebih detail dan tips yang berguna. InsyaAllah