Dah lama tak update blog ni sebab sibuk.
Banyak post yang masih dalam proses draf
Sebenarnya kami balik Penang sebab nak hantar sepupu bertandang ke rumah pengantin perempuan di Mentakab, Pahang.
Macam biasa, saya ambil kesempatan utk bercuti . 2 in 1.
Tidur semalam di Georgetown sambil bawa anak2 mengunjungi tempat menarik yang baru dibuka. Pilihan kami kali ini ialah Wonderfood Museum & Ice Cafe.
Seawal pukul 7:15 pagi, kami bertolak dari Ampang Jaya ke KL Sentral. Tambang GrabCar RM25.
Sampai saja di KL Sentral, terus menuju ke Chicken Rice Shop utk bersarapan.
Order 2 set nasi lemak rendang ayam utk Farhana & nenek.
Saya pula set roti bakar & telur setengah masak.
Saya suka bersarapan di sini sbb kurang sibuk & menu makanan tempatan.
Ada nasi lemak, roti bakar, telur setengah masak, mee kari.
Luqman & Farhana bukan penggemar makanan segera. Mamanya pun sama.
Kami penggemar nasi lemak tegar sama macam lemak tegar kat perut ni.
Sapa sama boleh buat peace
Keistimewaan nasi lemak Chicken Rice Shop kerana menggunakan beras panjang.
Memang sedap .Cubalah kalau nak tahu rasanya. Rendang ayam & sambal tumis biasa2 je.
Belum habis makan, Luqman dah tak sabar nak naik keretapi. Terpaksa makan cepat2.
Kemudian kami pergi ke tempat menunggu khas di balai pelepasan B.
Kredit kpd KTM yang mengutamakan keselesaan penumpang.
Selepas pengumuman ketibaan tren, seorang pemandu arah dengan sepanduk akan membawa penumpang ke platform tren.
Kaunter pertanyaan juga disediakan.

Jadual perjalanan kami :
Train : ETS 9202 (9202)
Departure : 19-Oct-2017 09:00:00
Arrival : 19-Oct-2017 13:02:00
Coach : ETS1 - ETS PLATINUM (S)
Adult :MYR 79
Child :MYR 44
Warga emas berusia 60 tahun ke atas diberikan tambang konsesi
Tunjukkan kad pengenalan kepada staf di kaunter semasa membeli tiket.
Untuk menyemak tambang konsesi, sila klik di sini.
http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/left&id=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09
Kami diberi makanan ringan dan air.
Pukul 1:00 petang, kami sampai di Stesen Keretapi Butterworth.
Kami menaiki feri untuk sampai ke Georgetown.
Tambang feri Pulau Pinang :
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | Kereta (RM) | |
---|---|---|---|
1.20 | 0.60 | 7.70 |
Sampai di jeti, kami menaiki free shuttle untuk membeli nasi kandar. Tapau saja untuk dimakan di hotel.My favourite, sudah semestinya Line Clear yang terletak berdekatan Bazaar Chowrasta.
Kalau tak ada budak tecik ni, dah tentu saya makan di kedai. Luqman ni pantang sikit kalau panas.
Farhana pula kadang-kadang cerewet sikit makan di luar. The best bagi Farhana, makan masakan Mama dan nenek di rumah. Kalau nak makan di luar, kena tanya putera tecik & tuan puteri nak makan di mana.
Selepas menapau makanan, saya call GrabCar untuk ke hotel. Tambang GrabCar dari Nasi Kandar Line Clear ke The Gurney Resort Hotel ialah RM7.
Kami check in dan makan tengahari.Kemudian, tukar pakaian, mandi, solat & berehat.
Selepas asar, kami menaiki GrabCar ke Wonderfood Museum.
Bayaran masuk ke Wonderfood Museum :
Pelancong asing :
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM15
Pemegang Mykad
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Saya membayar lebih murah kerana membeli tiket melalui applikasi Fave.
Untuk mendapat info dan melihat gambar, sila lihat di entri seterusnya.
Kemudian, kami menaiki GrabCar ke Ice Cafe yang terletak di Lebuh Victoria.
Tambang GrabCar RM3.
Cafe unik ini bersuhu sejuk dan dekorasi dalaman berkonsep rumah salji.
Kami memesan 2 gelas air buah sambil menikmati dekorasi indah di dalam cafe.
Selepas itu, kami menaiki GrabCar ke medan selera di Padang Kota Lama.
Kami membeli pasembur, laksa dan ABC untuk makan malam.
Selepas itu, kami mengambil GrabCar untuk pulang ke hotel. Tambang RM7.00.
Kami makan, menonton TV dan berehat.
Keesokan paginya, kami bangun awal, Saya dan Farhana pergi ke Subway untuk membeli makanan.
Kami menempah bilik saja tanpa sarapan pagi.
Keistimewaan hotel ini :
- Terletak di hadapan laut, dapat melihat pemandangan laut dan bandar Georgetown.
- Kolam renang yang besar dan landskap menarik untuk kanak-kanak
- Dilengkapi kemudahan gymnasium dan sauna.
- Bilik yang besar dan selesa, berkonsep suite dilengkapi tab mandi.
Kami makan, mandi dan bersiap untuk bertolak ke rumah saudara yang terletak di Teluk Kumbar.
Menaiki GrabCar ke jeti untuk menyimpan beg, sebelum membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang.
Kami menaiki free shuttle ke Bazaar Chowrasta. Membeli sedikit cenderamata. Kemudian berjalan kaki ke KOMTAR.
Menaiki free shuttle ke jeti. Makan tengahari di gerai berdekatan jeti.
Menaiki GrabCar dari jeti ke Teluk Kumbar. Tambang RM25.
Kami singgah di rumah Mak Ngah di Sungai Batu sebelum ke rumah Maksu di Sungai Nibong.
Pada sebelah malam, kami bertolak ke Temerloh dengan menaiki bas persiaran.
Sampai di Temerloh, kami berehat, mandi dan bersarapan di homestay yang disediakan pihak pengantin perempuan.
Selepas selesai upacara akad nikah, kami beramai-ramai berkunjung ke rumah pengantin perempuan.
Saya dapat merasai pengalaman baru kerana dapat melihat sendiri kawasan FELDA yang diusahakan.
Bas tidak dapat masuk ke kawasan rumah pengantin. Kami berhenti di simpang jalan dan terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan kenderaan yang lebih kecil seperti kereta, jip dan van.
Kepenatan kami berbaloi apabila mendapat layanan baik dari pihak pengantin dan disajikan makanan ala kampung yang enak. Istimewanya, kami dijamu masakan asli Pahang yang hanya boleh dinikmati di negeri Pahang.
Selepas makan dan bergambar, kami menaiki jip dan seterusnya menaiki bas. Kami dibawa ke Kenanga Wholesale untuk membeli belah. Penumpang lain mengambil peluang membeli belah, sementara kami terus pulang ke rumah dengan menaiki teksi.
Tamatlah sudah percutian singkat kami ke Penang dan makan kenduri di Pahang.