Dah lama saya tak menulis sebab sibuk. Banyak entri, masih dalam proses draft. Insya-Allah ada masa saya siapkan.
Kali ni saya nak share tentang MATTA Fair lagi.
Bila dah ada anak, tema melancong pun dah bertukar, kenalah ikut selera dorang.
Saya memberi kebebasan untuk anak-anak membuat pilihan mengikut citarasa mereka asalkan menepati bajet yang diberikan.
Saya survey dan senaraikan, kemudian Farhana dan Luqman membuat pilihan.
Kuota bercuti 2 kali setahun dah penuh tahun ni. Dengan budget yang terhad, so, saya decide untuk beli tiket taman tema berdekatan KL saja.
Sebulan sekali bawa Farhana dan Luqman jalan-jalan.
Antara yang sempat saya sambar:
- Kidzania
- KL Bird Park
- Putrajaya Cruise
- MinNature Malaysia
Balance lagi 2 pakej yang belum pakai :
- Putrajaya Tour
- Jump Street
Rasanya cukup sampai tahun depan. Tunggu MITA atau MATTA Fair, nak beli lagi.
Farhana dah 2 kali pergi Kidzania. Tapi masa tu Luqman kecik lagi.
Kali ni Farhana nak bawa Luqman jadi bomba sebab adik dia dah besar.
Kalau kecik sangat, rasa macam rugi pulak sebab tiket mahal.
Saya beli Early Birds Special Offer untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
2 x RM65 = RM130
Kidzania ni selalu buat split validity. So, kita kena pilih validity period.
KL Bird Park sentiasa menjadi pilihan anak-anak sebab dorang ni suka burung.
Pernah bawa Luqman pergi KL Tower Mini Zoo, tapi Luqman menangis takut dan geli tengok binatang. Bawa pergi KL Bird Park, burung pulak takut tengok dia.
Habis dikejarnya. Anak-anak paling suka tengok bird show dan bird feeding.
Lagi satu favourite dorang berdua, bagi makan ikan koi.
Harga promosi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak = RM42.00
Putrajaya Cruise pun best jugak. Pernah cuba sekali masa Luqman baby lagi.
Bila dia dah besar, repeat pergi sini. Promosi price pun masih within budget.
Harga promosi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak = RM70.00
Ni first time nak pergi MinNature. Luqman dan Farhana terujaa tengok miniature kecik yang hidup.
Bila saya dah pegi, saya share ye. Kalau teringin nak tahu apa bendanya tu, tengok kat info ni.
Putrajaya Tour tu naik bas pusing-pusing Putrajaya macam pelancong. Pergi melawat dan ambil gambar kat landmark yang ada di sini.
Saya nak cuba aktiviti melompat dengan anak-anak kat Jump Street.
Tak kiralah budak-budak @ mak budak, semua boleh masuk sini.
Saya belanja gambar model montel pergi MATTA Fair.
Kalau nak tengok harga tiket taman tema, bolehlah tengok entri seterusnya ...